“Streslah!!”
“Tertekanlah!!”
“Serabutlah!!”
Perkataan tersebut seringkali dihamburkan oleh mereka yang mengalami stres. Sampai kita pun naik serabut dengan dia.
Dia ingat dia seorang saja yang tertekan?
Sebenarnya, stres bukan lagi perkara yang asing bagi kita. Namun, kewujudan ia memberi kesan negatif sekiranya tidak dikawal dengan baik.
Semua orang ada stres dan tidak terkecuali juga para usahawan. Tidak kiralah sama ada yang baru berjinak-jinak memulakan perniagaan sehinggalah kepada kumpulan usahawan yang sudah mencipta nama.
Stres disebabkan pelbagai punca.
Sebagai usahawan pastinya kita berasa tertekan dalam menginovasikan sesuatu produk, mencari pelanggan baru atau salah seorang pekerja kita yang terbaik akan meninggalkan syarikat dalam masa yang terdekat.
Bagi mengawal tekanan yang dialami, pelbagai cara boleh kita cuba dan antaranya adalah:
1. Dapatkan tidur yang cukup
Tidur yang cukup memang penting untuk seorang manusia.
Setelah seharian kita berpenat lelah bekerja dan sebagainya, kita perlu mendapatkan tidur yang secukupnya.
Kenapa?
Mestilah sebab untuk memastikan yang badan kita dapat rehat yang secukupnya.
Tidur yang cukup akan membuatkan badan terasa segar dan cergas serta otak menjadi cerdas.
Pemilihan tilam dan bantal yang betul juga menjadi faktor untuk mendapatkan tidur yang tenang dan selesa.
2. Berurut
Kalau rasa badan sengal-sengal, bolehlah kita pergi berurut.
Bagi siapa yang tak rasa sengal pun boleh pergi berurut juga.
Kita boleh memilih untuk mendapatkan urutan tradisional di kampung-kampung atau memilih spa di kawasan bandar.
Berurut ini elok diamalkan sebenarnya kerana ia membantu menghilangkan masalah sakit belakang atau masalah otot setelah penat bekerja.
Selain itu, berurut juga dapat mengurangkan stres, rasa sakit-sakit di badan dan juga masalah ketegangan otot.
3. Cari hobi
Kita boleh mencuba untuk mengurangkan stres kita dengan mencari hobi yang kena dengan jiwa dan minat kita.
Antara hobi-hobi yang cliche yang boleh kita lakukan:
- mengumpul setem
- membaca buku
- memancing
- shopping
Selain itu, mungkin anda boleh sertai kelas-kelas senaman seperti yoga atau senamrobik. Sekarang ini banyak pakej yang menarik yang sesuai untuk disertai yang kena dengan masa kita.
Tambahan lagi mungkin juga anda boleh pergi berkebun atau mendaki bukit.
Macam-macam lagilah hobi yang boleh anda cuba yang menepati jiwa muda anda.
4. Pergi bercuti
Kalau cakap pasal bercuti ni, memang semuanya seronok la cerita dia.
Ambil masa untuk pergi bercuti.
Rancang percutian anda bersama keluarga atau dengan rakan-rakan atau mungkin anda mahu berseorangan.
Semua itu terpulang kepada anda.
Yang penting rancang dahulu sebelum pergi. Takut-takut percutian anda itu menambahkan stres yang ada.
5. Bersenam
Bersenam bukan saja dapat menyihatkan badan dan mencerdaskan minda.
Ia juga terbukti dapat mengurangkan stres yang kita hadapi.
Gunakan waktu di hujung minggu untuk bersenam. Ajak keluarga dan teman-teman sekali.
Sambil bersenam, sambil kita mengeratkan hubungan. Sambil menyelam minum air katanya.
Untung-untung dapat jumpa jodoh sekali bagi mereka yang bujang.
6. Dapatkan nasihat pakar
Dah macam-macam yang kita cuba buat untuk hilangkan stres.
Pergi bercuti sudah. Pergi berurut sudah. Pergi bersenam sudah. Pun tak hilang juga.
Jadi apa yang boleh kita lakukan adalah berjumpa dengan pakar.
Sebab mungkin stres yang kita hadapi tak mampu untuk kita tangani seorang diri.
Justeru, jalan penyelesaian yang terbaik adalah dengan berunding dengan pakar. Mereka bersedia membantu pada bila-bila masa.
Buang stigma kita mengenai pembaziran masa dan juga wang apabila berjumpa dengan pakar. Buang semua tanggapan negatif yang kita sering dengar.
Belum cuba, belum tahu.
Betul tak?
P/S: Safuan Borhan ada menyediakan satu platform perkongsian ilmu bisnes dan marketing secara PERCUMA di SINI. Boleh lah join.
Leave a Reply