Sebuah bisnes dan perniagaan dikatakan menghadapai masa berisiko adalah semasa permulaan bisnes itu dijalankan. Kadang kala dalam masa lima tahun, lima dari sepuluh startup hanya tinggal sejarah.
Bagi sebuah startup masa-masa awal adalah adalah masa yang paling genting kerana ia merupakan penentuan bagi sebuah startup sama ada mampu untuk bertahan dalam jangka pendek atau panjang. Sampai bila perniagaan ini dapat bertahan?
Oleh itu, perlunya kita mempertahankan bisnes pada masa-masa permulaan. Berikut merupakan lima langkah untuk mempertahankan bisnes pada masa-masa permulaan.
1.Lokasi yang tepat
Lokasi yang tepat tidak semestinya sesuatu yang fizikal seperti kedai, rumah kedai, atau bangunan tapi pemilihan alamat website yang tepat juga perlu diambil berat dalam membina dan membangun sebuah startup. Persoalannya??
1. adakah anda memilih lokasi yang mudah dikunjungi oleh orang ramai atau
2. adakah anda memilih nama website yang mudah diingat
Dimana pun lokasi anda untuk membina startup, pastikan tempat itu mudah untuk dilawati oleh orang ramai dan menggunakan website yang mudah diingati yang bukan terlalu panjang dan susah.
2.Menyelesaikan masalah dengan baik.
Setiap perkara yang baik pasti ada halangan lebih-lebih dalam perniagaan. Sekiranya anda mengalami sebarang masalah pada permulaan bisnes startup ini, fikirkan kembali masalah yang timbul dan cari jalan penyelesaian, bukan menyerah kalah begitu saja.
Ingat, untuk mendapat hasil yang baik, mesti diselitkan dengan pengorbanan dan positif dalam setiap masalah kerana setiap masalah yang datang pasti memberi pelajaran kepada kita kerana setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian.
3.Berbicara pada customers
Dalam sebuah startup yang baru nak up penelitian merupakan hal yang penting. Penelitian dapat dilaksanakan dengan membuat soal selidik atau pertanyaan kepada pelanggan kita.
Dari situ, kita dapat tahu kelemahan dan kelebihan setiap produk kita. Dan setiap feedback dari pelanggan adalah sangat penting sebab yang beli produk kita adalah pelanggan kita.
Oleh itu, penelitian adalah sangat penting supaya kita dapat memberi kepuasan kepada pelanggan.
4.Menjaga pengeluaran
Bagi startup yang baru nak berkembang, kita perlulah menjaga pengeluaran. Dimana kita perlu berhemat dalam setiap penegeluaran yang dilakukan.
Kalau setakat nak bersih-bersihkan pejabat, adalah lebih baik kita membuat dengan sendiri daripada mengupah orang. Diringkaskan, selagi setiap sesuatu perkara kita mampu buat, maka amatlah digalakkan kita buat dengan sendiri untuk kita berhemat di masa permulaan bisnes.
5.Menganalisis bisnes
Walaupun sibuk manapun kita dalam menjalankan bisnes baru ini, pastikan kita menganalisis bisnes yang kita jalankan misalnya adakah bisnes yang kita buat ni betul-betuk pada landasan yang tepat? Adakah kita sudah mencpai visi dan misi dalam memina startup ini?
Sekiranya kita tidak menjumpai jawapan ini, maka cepat-cepatlah ubah sebelum kita menemui kegagalan di kemudian hari.
Oleh itu, bagi mereka yang baru saja menjinak-jinakkan diri dalam bisnes startup ini, maka janganlah cepat mengalah dan berputus asa. Setiap kejayaan memerlukan kepada pengorbanan.
P/S: Safuan Borhan ada menyediakan satu platform perkongsian ilmu bisnes dan marketing secara PERCUMA di SINI. Boleh lah join.
Leave a Reply