1- Berdebat
Rasulullah TIDAK berdebat dalam perniagaan. Maklumlah, bila kita berdebat tanpa kita sedar akan menyakiti hati orang lain kerana ingin menang bukan. Maka, elakkan berdebat dengan peniaga lebih-lebih lagi pelanggan. Orang kata “ pelanggan sentiasa betul” bukan.
2- Jujur
Ini adalah antara salah satu sifat yang Rasulullah ada. Disebabkan sifat jujur yang tersemat dalam hati Rasulullah s.a.w, barang dagangan Rasulullah selalu habis dijual. Tanpa kita sedar sebenarnya kita telah menjalin hubungan silaturrahim yang jujur. Dengan sifat jujur ini, Siti Khadijah telah jatuh hati pada Baginda. Oleh itu, kepada para peniaga di luar sana, rasa-rasanya kalau nak berjaya dalan perniagaan jadilah uasahwan yang jujur. Mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda pada suatu hari !
3- Harta
Antara salah satu tujuan perniagaan adalah untuk mencari harta bukan. Memang betul ini merupakan salah satu tujuan dalam perniagaan kerana tiada manusia yang mahu rugi. Namun, Rasulullah berniaga untuk menyara kehidupnnya BUKAN mengejar harta semata-mata. Malah, perniagaan adalah cara mudah untuk hidup saling membantu dalam kehidupan ini. Maka, para usahwan diluar sana jom kita refleksi diri dalam menjalankan perniagaan.
4-Sentiasa senyum
Senyum yang hangat adalah bahasa umum yang bernilai kebaikan. Rasulullah tidak lekang dengan senyuman. Senyuman merupakan salah satu daya penarik dalam menjalankan perniagaan. Jika diberi pilihan, kita mahu berdamping dengan orang yang berwajah bengis atau berwajah manis. Semestinya berwajah manis bukan. Hal ini adalah kerana eksperesi wajah mampu memberi kesan kepada tindak balas seseorang. Tak percaya. Cubalah!
5-Lemah lembut
Rasulullah seorang yang lemah lembut sifatnya.. Baginda Rasulullah s.a.w sentiasa mengamalkan sikap baik hati dan lemah lembut ketika menjalankan perniagaan. Jabir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: “Allah SWT mencucuri rahmat kepada orang yang berbuat baik ketika ia berjual, ketika ia membeli dan ketika ia membuat tuntutan.” Untung bukan bagi mereka yang mengamalkan sifat ini ketika berniaga.
Beginilah cara baginda Rasulullah s.a.w menjalankan perniagaan. Mudah sahaja bukan. Jadi marilah kita hidupkan sunah Rasullah s.a w dalam pernigaan dengan menjaga adad-adab dan batasan. Jom cermin diri
p/s: Jika tak sabar nak tahu pasal strategi marketing yang lain, cepat-cepat follow channel Telegram Safuan Borhan di SINI.
Leave a Reply