Setujukah anda andai saya katakan logo yang menarik mampu meningkatkan lagi kredibiliti syarikat anda? Logo dianggap sebagai first impression orang ramai terhadap perniagaan anda. Sudah pasti anda tidak mahu first impression yang buruk bukan? Namun sedihnya, ramai usahawan yang masih kedekut untuk melaburkan sedikit wang bagi menghasilkan logo yang menepati piawaian dan menarik.
Jom baca tips-tips pajar dalam penghasilan logo syarikat.
1. Ringkas
BE SIMPLE!
Jangan semakkan mata audience anda dengan logo yang terlalu banyak elemen. Logo yang baik adalah logo yang ringkas dan jelas dipandang. Cuba perhatikan bagaimana logo syarikat-syarikat besar yang sehingga hari ini gah dipamerkan. NIke contohnya.
Seperti logo Nike ini, ia tidak memerlukan typografi ‘NIKE’ untuk dikenali. Semua daripada kita sudah sedia maklum jenama kepada logo ini. Logo ini digunakan secara meluas dan tiada seorang pun yang tersilap mengaitkan logo ini dengan jenama lain.
2. Versatile
Versatile di sini bermaksud logo anda tetap kelihatan hebat tidak kira di mana ia dipamerkan. Jika logo anda kelihatan sangat hebat dan menarik di poster, namun bila diletakkan di mug cawan ia kelihatan sangat buruk, percayalah, logo anda itu tak akan mampu pergi jauh.
Satu lagi, versatile bermaksud logo anda itu tidak menjadi hamba kepada satu warna sahaja. Jika ia dipadankan dengan warna lain selain warna asalnya, ia kelihatan buruk, maka itu bukanlah logo yang versatile. Logo yang versatile akan tetap kelihatan hebat walaupun hanya dipadankan dengan warna hitam dan putih sahaja.
Apple contohnya, cuba dipadankan dengan beberapa warna lain, dan ia tetap kelihatan hebat. Inilah versatile!
3. Unik
Ini adalah tips yang sering kedengaran tetapi tidak diikuti. Bagaimana sebuah logo itu berjaya melambangkan identiti sesebuah jenama? Mudah jawapannya – UNIK!
Sekali lagi saya mengambil Apple sebagai contoh. Lihat buah epal ini. Cantik dilihat, sedap dimakan dan bagus untuk kesihatan.
Nampak sedap kan? Adakah ia kelihatan unik? Sudah tentu tidak.
Jom kita gigit sikit dan lihat apa yang terjadi.
Sekarang ia kelihatan UNIK!
Rasanya dah jelas kan? Daripada sebiji epal yang biasa dan tiada daya penarik, sekarang ia menjadi sebuah logo yang teramat mahal.
4. Mempunyai Cerita Sendiri
Setiap logo perlu ada kisah yang boleh diceritakan. Jangan hanya memandang logo itu sebagai satu hasil kerja seni yang menarik sahaja, tetapi pandanglah ia sebagai duta kepada syarikat anda. Duta yang memperkenalkan dan menceritakan siapakah anda (syarikat).
Logo yang baik selalunya mempunyai dua kisah, iaitu kisah yang jelas dan kisah yang terselindung.
Saya suka untuk mengambil Toyota sebagai contoh.
Logo Toyota ini bukan hanya memaparkan 3 bulatan bujur yang disusun menjadi huruf ‘T’. Toyota mengulas, setiap bulatan bujur itu ada maksudnya sendiri. 2 Bulatan bujur di tengah yang bertindih itu melambangkan keyakinan dan kepercayaan antara syarikat dan pelanggan, manakala bulatan bujur di luar pula melambangkan matlamat Toyota untuk mengembangkan jenama mereka ke seluruh dunia. Jika diperhatikan secara keseluruhannya, logo ini kelihatan seperti steering yang jelas melambangkan simbol kereta.
5. Jangan Klisé
Lampu mentol untuk ‘idea’, speech bubble untuk ‘perbincangan’ dan globe untuk melambangkan ‘international‘. Oh, semua itu terlalu biasa dan Klisé. Itulah idea pertama yang orang ramai terfikir semasa melakukan brainstorming untuk mencipta logo, dan itulah idea pertama yang harus kita tolak dahulu.
Bagaimana logo anda boleh menjadi unik jika masih ada terlalu banyak logo lain yang mempunyai idea yang sama dengan anda. Pastikan anda jelas dengan objektif dan idea logo idea dan tampil dengan sesuatu yang bukan pada norma orang ramai.
P/S: Safuan Borhan ada menyediakan satu platform perkongsian ilmu bisnes dan marketing secara PERCUMA di SINI. Boleh lah join.
Leave a Reply