SAFUAN BORHAN

Most en·gag·ing Internet Marketer In Malaysia

  • HOME

5 Tips Mudah Untuk Repeat Sales

April 15, 2016 by Safuan Borhan 1 Comment

Repeat sales itu apa?

Maksudnya pelanggan kita tak kiralah baru atau lama ulang-ulang membeli dengan kita. Pendek kata, pelanggan kita ini loyal customer kita. 

Pelanggan yang setia bermula daripada peniaga itu sendiri.

Kita sebagai peniaga tak boleh ambil mudah setiap pelanggan kita. Sebab mereka faktor utama sesebuah peniagaan itu terus maju.

Jadi, di sini ada lima tips mudah untuk kita pastikan pelanggan beli dengan kita lagi:

1. Gembirakan pelanggan anda

Pelanggan gembira, peniaga senang hati. Itu yang patut menjadi keutamaan ketika berurusan dengan pelanggan.

Bukan apa, kita tidak mahulah mereka membeli produk atau servis kita untuk sekali dua saja.

Biarlah mereka semua menjadi pelanggan setia kita.

Untuk itu, kita kena kenal pasti cara untuk buat mereka happy.

Sebagai contoh, cara paling senanglah.

Bercakap dengan bahasa yang lembut dan baik serta jangan dilupakan, SENYUMAN.

Mungkin ada pelanggan yang tak jadi beli produk kita, tapi mesti dia akan kembali disebabkan teringat layanan yang kita beri.

2. Jual produk kita

Maksudnya dekat sini, kita sentiasa berkomunikasi dengan mereka.

Tapi bukan borak kosong atau bergosip bagai.

Bercakaplah mengenai produk-produk kita. Saja bercakap untuk kenalkan produk kita.

Mungkin mereka tidak perlukannya sekarang. Tapi manalah tahu masa akan datang kan. Tiba-tiba mereka ni memerlukan produk atau servis yang kita sediakan.

Kita jugak yang beruntung nanti.

3. Ambil berat tentang mereka

Ini bukan pasal jaga tepi kain orang atau nak mengumpat atau nak cakap belakang.

Tapi ambil berat ini maksudnya rajin-rajinlah stalk pelanggan kita sikit. Saja nak ambil tahu perkembangan mereka ini.

Ucaplah tahniah kalau mereka berjaya dalam sesuatu yang mereka kerjakan.

Untuk membina hubungan peniaga dan pembeli yang lebih akrab.

Tapi janganlah terlebih stalk pula. Itu dah masuk urusan peribadi dah itu.

Macam itulah ceritanya.

4. Bina asas kepercayaan yang kukuh

Asas kepercayaan yang kukuh dapat membina kesetiaan yang utuh.

Bila pelanggan percaya, barulah mereka ini akan setia.

Tapi macam mana nak bina asas kepercayaan yang kukuh itu?

Kita kenalah kotakan janji kita. Andai kata kita kata yang laptop pelanggan kita boleh siap baiki dalam masa seminggu. Jadi siapkanlah dalam tempoh masa itu.

Ini kadang-kadang kita tengok ada kedai dia kata boleh siap hari isnin. Tapi bila pelanggan datang hari isnin, tak siap lagi. lepas itu tak inform pelanggan.

Dah buat mereka ini kecewa. Dah rosakkan imej syarikat kita sendiri.

Elakkan perkara macam ini supaya pelanggan tak serik dengan kita.

5. Sentiasa bersedia untuk membantu

Terapkan pada diri kita sikap untuk terus membantu pelanggan kita.

Walaupun mereka hanya guna produk atau servis kita untuk sekali dua saja.

Ini yang akan kekalkan hubungan untuk tempoh masa yang panjang.

P/S: Tertarik dengan tips ini? Safuan Borhan ada menyediakan satu platform perkongsian ilmu bisnes dan marketing secara PERCUMA di SINI. Boleh lah join.

(Visited 343 times, 4 visits today)

Filed Under: Uncategorized

Comments

  1. Adzrif Sidek says

    April 18, 2016 at 11:04 PM

    Alhamdulillah 5 tips ini nampak mudah, tapi jangan pandang sebelah mata tau.

    Praktik jangan tak praktik. Hehehe. In shaa Allah, saya akan applikasikan 🙂 Terima kasih.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 Artikel Popular Safuan Borhan

  • 4 Teknik Pemasaran Offline Mudah
  • 5 Cara Kreatif Menghargai Pelanggan Anda
  • 5 Teknik Berkesan Untuk Follow Up Prospek
  • 5 Langkah Menghasilkan Copywriting Berkesan
  • 4 Cara Menghargai Pekerja Anda

Copyright © 2023 · Beautiful Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in