SAFUAN BORHAN

Most en·gag·ing Internet Marketer In Malaysia

  • HOME

5 Teknik Berkesan Untuk Follow Up Prospek

April 26, 2016 by Safuan Borhan 3 Comments

Antara strategi dalam mencari prospek secara online adalah dengan follow up mereka. Sekiranya kita ada prospek yang berminat dengan servis kita, layan mereka dengan terbaik sebab…

mereka yang pernah bertanya atau menghubungi kita adalah mereka yang BERMINAT dengan produk atau servis kita.

Jadi apakah strategi yang berkesan? Jom kita share ilmu supaya semua orang dapat manfaat dan boleh kita gunakan untuk follow up pelangan dengan cara yang terbaik dan sangat berkesan!

1. Cari waktu yang sesuai

Kalau tiap-tiap hari kita hantar mesej follow up kepada pelanggan kita itu tak bermakna kita ni ambil berat dan menghargai mereka, sebaliknya kita akan nampak macam tak menghormati masa orang tu langsung.

Seeloknya kalau nak follow up pun, pastikan beberapa hari selepas hantar mesej yang terakhir tu. Kalau kita main hantar je tak bagi ruang langsung kepada pelanggan itu memang dah nampak macam kita ni mendesak sangat.

Jangan nampak desperate sangat macam tu…

Relax, ambil beberapa hari dulu. Lepas tu barulah hantar mesej tu. Dan selepas tu cuba buat follow up pula untuk beberapa hari yang seterusnya pula.

2. Berikan promosi

Kalau kita dah follow up beberapa kali tapi dia masih lagi tak beri respons, inilah masanya kita berikan promosi/bonus terakhir untuk tarik minat mereka.

Sebagai contoh, boleh saja tulis macam ni “Salam. OKlah <nama> kalau saya beri <bonus> nak tak? Ini last yang saya boleh bagi”

Kalau offer bagus, konfom mereka ambil.

3. Etika

Nak jual produk sama juga macam kita nak promote diri kita. Kalau kita jual dengan marah-marah, ada ker orang nak beli? Konfem takde.

Jadi, kita mestilah tanya pelanggan dengan penuh ramah dan hemah. Kadang-kadang orang tak nak pun beli produk kita, tapi …

sebab kesopanan dan kesusilaan kita tahap tertinggi boleh membuatkan orang jatuh cinta dan beli produk kita.

contohnya “Salam, berminat lagi tak dengan <produk> ni? Sebab produk ni tinggal sikit je lagi ni tapi saya simpan satu untuk <nama>”.

Kita tanya elok-elok kita akan dapat respon yang elok-elok. Okay?!

4. Produk = masalah pelanggan

Mungkin ada sebab mengapa pelanggan tidak membalas segala mesej atau pertanyaan kita. Dan mungkin salah satu sebabnya ialah produk yang kita promote tidak ada kaitan dengan masalah pelanggan kita.

Oleh itu sebaiknya kita analisis dulu masalah pelanggan kita. Dengan cara ini, ia dapat menarik minat mereka kerana kita menawarkan produk yang mampu menyelesaikan masalah mereka.

5. Bertukar!

Kita perlu sentiasa melakukan perubahan. Tak bagus jika asyik statik saja.

Untuk follow up, bertukarlah kepada cara lain sekiranya cara sebelum ini tak mendapat sambutan hangat daripada prospek. Mungkin kita boleh tukar kaedah lain seperti SMS, telefon atau ajak jumpa.

Kalau semua cara ni kita dah try, itu namanya bukan rezeki kita. Oleh itu, teruskan berusaha dan fokus pada prospek yang lain. Mungkin rezeki kita di tempat lain.. siapa tahu kan???

 

P/S: Tertarik dengan strategi ini? Safuan Borhan ada menyediakan satu platform perkongsian ilmu bisnes dan marketing secara PERCUMA di SINI. Boleh lah join.

(Visited 8,311 times, 65 visits today)

Filed Under: Uncategorized

Comments

  1. mohd radhi ab malik says

    April 27, 2016 at 3:25 PM

    Assalamualaikum. Tuan Safuan.

    Terima kasih atas perkongsian artikel-artikel menarik.

    Semoga Tuan dibalasi Allah sebaiknya.

    Reply
  2. MYIPTV Malaysia says

    April 28, 2016 at 1:15 AM

    Ramai penjual online lepas pandang follow up nie..sgt la rugi kalau x buat followup..tp sebelum buat follow kene simpan database customer dulu..kalau x simpan mmg rugi besar

    Reply
  3. Sabrijati says

    January 24, 2020 at 3:50 PM

    Terima kasih bossku. Perkongsian yang menarik. Terbaik dan sangat-sangat membantu untuk terus survive dalam bidang jualan.

    Minta izin sebelum nak share promo pun salah satu cara untuk tingkatkan kredibiliti sebagai seorang penjual yang bukan setakat nak jual.

    Tapi lebih kepada nak membantu selesaikan masalah pelanggan dengan menawarkan produk atau servis yang kita buat.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 Artikel Popular Safuan Borhan

  • 5 Cara Kreatif Menghargai Pelanggan Anda
  • 5 Teknik Berkesan Untuk Follow Up Prospek
  • 4 Teknik Pemasaran Offline Mudah
  • 5 Langkah Menghasilkan Copywriting Berkesan
  • 4 Cara Menghargai Pekerja Anda

Copyright © 2021 · Beautiful Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in