Walaupun anda bukan seorang pereka grafik atau mempunyai sebarang latar belakang dalam dunia rekaan, penguasaan skil asas Photoshop boleh memberi manfaat kepada anda.
Jika anda mahu menjual servis atau produk secara online, skil asas Photoshop boleh membantu anda. Contohnya ketika anda mahu meng-edit gambar profil anda, menggunakan gambar yang anda suka dalam bahan promosi anda dan lain-lain.
Katakan anda tidak bercadang untuk menjual secara online sekalipun, skil-skil asas yang kami kongsi di bawah juga akan dapat membantu kerjaya anda.
1. Cropping (Memotong Gambar)
Skil ini merupakan skil yang paling asas dalam Photoshop — dan lain-lain aplikasi meng-edit gambar – di mana anda boleh memotong gambar mengikut kesukaan anda.
Skil ini amat berguna jika anda mahu memuat naik gambar profil terbaru dan anda mahu fokus terhadap gambar anda sahaja.
Untuk kegunaan yang lebih advanced seperti mahu membuang latar belakang, anda boleh mempelajari menggunakan lasso, iaitu salah satu fungsi pilihan dalam Photoshop.
2. Selection (Memilih Komponen Gambar)
Terdapat pelbagai cara dan alat untuk memilih sebahagian dari komponen gambar yang anda inginkan dalam Photoshop. Namun untuk kegunaan paling asas, anda boleh menggunakan fungsi lasso atau marquee.
Fungsi marquee merupakan fungsi memilih komponen gambar dalam pilhan berbentuk empat segi. Manakala lasso membolehkan anda memilih komponen gambar dengan bebas.
Selalunya, untuk memudahkan proses cropping, fungsi-fungsi di bawah skil selection boleh memberikan anda hasil yang lebih menarik.
3. Paintbrushes (Fungsi Melukis Garisan Bebas)
Fungsi ini membolehkan anda melukis garisan secara bebas dan membolehkan anda memilih dari segi ketebalan mata garisan, jenis garisan dan lain-lain.
Terdapat pelbagai variasi & efek yang anda boleh pilih dan lukis menggunakan fungsi ini.
4. Adjustments (Fungsi Meng-Adjust Gambar Anda)
Melalui panel adjustments dalam Photoshop, anda boleh mengubah warna dan rupa visual gambar yang anda mahukan.
Antaranya, anda boleh meletakkan efek seperti filter yang membuatkan gambar anda kelihatan kabur dan macam-macam lagi.
Selain itu, fungsi ini membolehkan anda mengubah tahap keterangan dan contrast untuk gambar pilihan anda dengan lebih tepat.
5. Layer (Fungsi Lapisan Gambar)
Fungsi ini sebenarnya merupakan fungsi terbaik dalam Photoshop. Malah, tidak keterlaluan jika kami kata fungsi ini lah yang membuatkan Photoshop menjadi aplikasi pilihan untuk pereka-pereka grafik & jurugambar.
Melalui fungsi ini, anda dapat meng-edit gambar secara lapisan. Contohnya, gambar A anda mahu gunakan sebagai latar belakang, gambar B sebagai subjek utama dalam gambar dan gambar C sebagai filter.
Setelah meng-edit kesemua lapisan ini, anda boleh menggabungkan kesemua lapisan tersebut menjadi satu gambar yang anda inginkan.
Leave a Reply