SAFUAN BORHAN

Most en·gag·ing Internet Marketer In Malaysia

  • HOME

5 Rahsia Mudah Untuk Menulis Headline Yang Menarik

April 7, 2016 by Safuan Borhan Leave a Comment

 

12

Bukan senang nak suruh orang baca apa yang kita tulis. Untuk menghasilkan penulisan yang  baik mestilah mempunyai content yang baik dan design yang menarik.

Betul tak? Tapi…..

hakikat dan realiti yang sebenarnya perkara yang paling penting dalam penulisan ialah TAJUK/ HEADLINE.

Sebab apa???

Sebab tajuk yang menarik akan menarik perhatian orang ramai untuk baca apa yang kita tulis. Bagus macam manapun isi kandungan , tapi kalAU tajuk tidak dapat perhatian, susah tu.

Tidak kesah  dalam  apa jenis percetakan buku, artikel, blog, surat khabar, lebih-lebih lagi kalau nak jual produk. Headline memang kena  kasi…

power beb!!!

Sebelum itu…

Sekiranya anda ingin membuat apa sahaja artikel, anda mesti memberi solan kepada diri anda.

Siapa nak baca penulisan aku? Ada ke orangnak baca? Menarik tidak headline aku ni? Persoalan-persoalan yang sebegini akan memberi refleksi kepada penulis dalam penulisan mereka.

Di sini kita akan berkongsi macam mana nak tulis headline yang menarik:

1- Nombor

Ada sebab mengapa para penulis suka menggunakan nombor dalam  headline.

Sebab…

sangat berkesan!!!

Colourful preschool numbers

Fakta ini adalah berdasarkan kajian yang telah dijalankan. Cuba anda pergi ke kedai buku, dan cuba anda perhatikan muka depan setiap headline yang dipaparkan. Tak kisah kalau anda ambil buku genre apa, kebanyakan percetakan penulisan di bahagian depan menggunakan NOMBOR!!

2- Adjektif

Menggunakan kata-kata adjektif yang menarik. Contoh seperti di bawah:

  1. Warna (merah, hijau, ungu, biru coklat, kuning dan sebagainya)
  2. Keadaan ( baik, jahat, cerdik, pandai, lemah, berani dan sebagainya)
  3. Ukuran (panjang, tebal, rendah, besar, pendek, nipis dan sebagainya)
  4. Perasaan ( suka,rindu, ragu, berani, benci, kasih dan sebagainya)
  5. Jarak ( jauh, dekat, hampir, rapat dan sebagainya)

Banyak lagi kata adjektif yang anda boleh gunakan dalam membuat headline okay.

3- Rational dan logik

  1. Sebab
  2. Prinsip
  3. Fakta
  4. Pelajaran
  5. Ideas
  6. Cara
  7. Rahsia

Dan banyak lagi perkataan rasional yang boleh digunakan untuk membuat headline.

Tapi…….

Janganlah unik sangat sampai tiada siapa yang faham headline. Sebaik-baiknya cuba anda elakkan dari menggunakan perkataan terlalu unik ketika hedline.

4- Persoalan

Headline yang berbentuk persoalan adalah dikatakan headline yang baik. Dengan timbulnya persoalan pastinya pembaca ingin mengetahui jawapan kepada persoalan tersebut. Antara persoalan yang boleh dikemukakan seperti :

  1. Apakah
  2. Kenapa
  3. Bagaimana
  4. Bila
  5. Siapa

Fotolia_51985811_Subscription_Monthly_M

5- Berani

Berani? Perlu lawan ke? Bertumbuk ke???

Tidak…

untuk membuat headline yang memberangsangkan anda umpama memberi satu janji kepada pembaca bahawa penulisan anda adalah sangat berharga. Anda seperti memberi ilmu baru kepada pembaca dan anda mampu memujuk pembaca untuk melakukan perkara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Apa yang anda sedang lakukan  sebenarnya mencabar pembaca anda untuk membaca penulisan anda.

 

p/s: Suka dengan 5 tips ini? Jom follow channel Telegram Safuan Borhan di SINI untuk belajar lebih banyak tips bisnes dan marketing.

(Visited 1,271 times, 1 visits today)

Filed Under: Uncategorized

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 Artikel Popular Safuan Borhan

  • 4 Teknik Pemasaran Offline Mudah
  • 5 Cara Kreatif Menghargai Pelanggan Anda
  • 5 Teknik Berkesan Untuk Follow Up Prospek
  • 4 Cara Menghargai Pekerja Anda
  • 5 Langkah Menghasilkan Copywriting Berkesan

Copyright © 2025 · Beautiful Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in