Sama ada anda pemilik perniagaan kecil, besar atau pun bisnes online, anda harus faham apakah asas penting dalam penulisan ayat jualan. Copywriting merupakan salah satu tools dalam marketing. Saya berani katakan jika anda gagal menghasilkan copywriting yang baik, maka InsyaAllah, besar kemungkinan bisnes anda juga akan gagal.
“Susah lah nak tulis copywriting ni…” Ini antara keluhan yang sering saya terima daripada kebanyakan usahawan.
Ya, betul, saya akui seni menulis copywriting yang memukau ini bukan senang. Namun, ia mampu dipelajari. Tidak ramai copywriter yang sejak azali dilahirkan sudah pandai menulis ayat jualan yang baik. Bagi kebanyakan orang, ia merupakan satu landskap baru yang memerlukan mereka belajar dan terus belajar bagi menghasilkan yang terbaik.
Saya tidak kata ia mudah, tetapi tidak juga terlalu sukar untuk dipelajari. Keinginan dan kesungguhan untuk belajar itu yang lebih penting. Jika anda mempunyai ciri-ciri ini, teruskan membaca kerana saya suka untuk berkongsi 5 langkah menulis ayat jualan yang baik. Namun, jika anda seorang yang malas, saya nasihatkan anda tinggalkan sahaja laman ini.
.
.
Masih membaca?
Baik, nampaknya anda telah membuktikan bahawa diri anda bukanlah pemalas.
TAHNIAH saya ucapkan.
Mari saya kongsikan 5 tips menghasilkan copywriting yang memukau pelanggan.
1. Eksploitasi Kelebihan Produk Anda
Anda pergilah menuntut ilmu daripada mana-mana sifu marketing sekali pun, perkara paling asas dalam penghasilan copywriting yang baik adalah dengan mengenal pasti kelebihan produk terlebih dahulu. Fikirkan bagaimana produk itu dapat memberi manfaat kepada pengguna. Apakah nilai atau kebaikan yang bakal pengguna terima setelah menggunakan produk tersebut.
Anda perlu terjemahkan setiap manfaat tersebut kepada susunan kata yang mudah dan jelas difahami. Beritahu prospek kenapa mereka WAJIB dapatkan produk tersebut dan apa yang bakal mereka rugi jika melakukan sebaliknya. Buatkan supaya para pembaca boleh membayangkan diri mereka bersama produk anda. Hmmm… Ok, saya akui susah nak buat tu, tapi jika anda benar-benar berlatih dan bijak menyusun setiap kata anda, ia boleh direalisasikan.
Kunci kepada copywriting yang berjaya adalah dengan benar-benar memahami semua kebaikan yang ada pada produk anda. Itulah antara senjata anda.
2. Kenali Siapa Audience Anda
Dengan mengenal pasti manfaat produk, ia memudahkan kerja seterusnya. Sekarang, barulah anda boleh mengenali siapa audience anda yang sebenarnya. Kira targeted audience laa… Anda tahu golongan manakah yang memerlukan produk anda.
Ingat, bukan semua orang akan melihat setiap iklan di dunia ini. Setiap iklan itu ada golongan sasarannya tersendiri, dan tugas marketer adalah untuk menentukan siapakah golongan sasaran itu.
Contoh, iklan hoverboard disasarkan kepada pakcik makcik 50 tahun. Adakah ia bersesuaian? Boleh hasilkan jualan ke? Sedangkan belia remaja pun masih ramai yang terkial-kial hendak imbangkan badan di atas hoverboard, inikan pula makcik dan pakcik berumur 50 tahun. Jadi, memang amat tak sesuai lah sasarkan iklan hoverboard kepada mereka.
Jadi, sebelum anda belanjakan wang anda untuk melakukan iklan, lakukan kajian terlebih dahulu. Jangan terus terjah membabi buta sahaja. Kelak merana jiwa.
3. Eksploitasi Kelemahan Pesaing Anda
Anda harus jelas apakah kelebihan dan perbezaan yang ada pada produk anda berbanding pesaing. Buat kaji selidik dan senaraikan seberapa banyak perbezaan yang ada. Bila sudah dikenalpasti, sekarang tugas anda adalah untuk menyelesaikan masalah yang timbul daripada kelemahan pesaing anda itu.
Ingat, jangan sesekali menjatuhkan orang lain dengan menyebut produk sekian dan sekian. Tetapi tidak mengapa jika hanya menyatakan apakah kelemahan yang ada pada produk X. Ingat lagi tak macam mana iklan-iklan sabun menjalankan kempen mereka? Mereka tidak menyebut mana-mana produk secara spesifik tetapi hanya sekadar melabel sebagai ‘Produk X’.
Sekarang anda faham kan?
4. Matlamat Copywriting
Ada beberapa sebab kenapa sesebuah copywriting itu ditulis. Sebelum anda mula menulis, pastikan anda betul-betul pasti apakah objektif penulisan anda itu. Apa yang anda mahukan sebagai hasil daripada copywriting tersebut? Setiap objektif, berbeza pendekatannya. Sebab itu penting bagi anda menentukan terlebih dahulu apakah objektif anda.
Antara objektif yang sering ditetapkan dalam sesebuah copywriting antaranya adalah:
- menghebahkan tawaran yang sedang berlangsung
- berkongsi maklumat dan meningkat awareness
- menarik leads dan mengumpul database
- menghasilkan jualan
Jadi, tetapkan dahulu apakah objektif anda sebelum mula menulis.
5. Fokus Pada ‘Anda’, Buka ‘Kami’
Orang kata, jangan syok sendiri. Copywriting anda itu perlu merujuk kepada prospek, bukannya diri sendiri. Jangan terlalu ghairah mahu menceritakan perihal diri sendiri. Prospek anda tidak berminat pun.
“Prospek tidak berminat tentang diri anda. Mereka hanya mahu tahu bagaimana produk anda mampu menyelesaikan masalah mereka.”
Jangan guna perkataan ‘kami’, ‘saya’, ‘beta’ atau ‘patik’. Tetapi gunakan perkataan seperti ‘awak’, ‘kamu’, ‘anda’, ‘bro’ atau ‘sis’.
Kenapa? Supaya prospek dapat merasakan anda sedang merujuk kepada masalah mereka dan anda ikhlas mahu membantu mereka.
Sebagai contoh, cuba bezakan 2 ayat ini:
- “Kami merupakan penyedia servis penghantaran barang terbaik. Sehari saja sudah sampai.”
- “Dalam masa sehari sahaja tuan pasti akan menerima barang tuan.”
Ayat pertama fokus kepada perniagaan itu sendiri manakala ayat kedua pula fokus kepada pelanggan. Ia terasa lebih personal dan ternyata lebih efektif.
Mudah Ke Susah?
Bagi saya, dengan latihan berterusan, tidak lah susah mana pun. Janji jangan putus asa dan malas. Rajinkan diri melakukan kajian dan kumpul seberapa banyak maklumat yang penting.
Ini baru 5 langkah dalam penghasilan copywriting yang berkesan. Anda mahu lagi langkah berikutnya? Jangan berat tulang untuk kongsi artikel ini jika anda mahukan sambungannya. Kongsi jika bermanfaat.
P/S: Jika anda mahu belajar lebih banyak lagi berkenaan perniagaan dan pemasaran yang efektif, sila join channel Telegram di SINI.
Terima kasih atas perkongsian, Sifu Safuan
Terima kasih Tuan atas pengkongsian yang hebat.. Sikap malas memang tak memberikan apa apa keuntungan..