Bidang keusahawanan bukanlah satu bidang mudah. Ia bukanlah bidang untuk mereka yang lemah semangat, yang mana langsung tidak boleh dijentik. Baru terjentik hidung sikit sudah mula berhingus. Kalau nak manja-manja, mohon jauhi bidang ini.
Usahawan tidak akan pernah sunyi daripada cabaran dan masalah. Setiap hari, ada saja perihal baru yang datang berkunjung. Terserah kepada empunya badan bagaimana mahu menghadapinya. Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Hadapilah setiap cabaran dan masalah dengan tenang.
Dalam menyelesaikan masalah, setiap orang ada pendekatan masing-masing. Dalam bisnes, sangat penting kita bertindak pantas dalam menyelesaikan masalah yang timbul. Jangan dilengah-lengahkan.
Ini 5 langkah yang boleh saya kongsikan dalam menyelesaikan masalah.
1. Apakah sebenarnya masalah kita?
Mula-mula sekali kita WAJIB faham apakah sebenarnya masalah yang sedang kita hadapi. Tak kenal maka tak cinta. Bila tak cinta, maka tak faham. Maka, kita perlu kenal dulu sebelum faham apakah masalah kita.
Pastikan kita jelas dan spesifik dalam mentafsirkan masalah itu. Perlu tahu bilakah ia bermula, sudah berapa lama berlaku, apakah kesannya kepada bisnes kita dan apakah punca awal yang membawa kepada masalah ini.
2. Apakah plan penyelesaian masalah kita?
Fikirkan sekurang-kurangnya 2 ke 3 kaedah paling realistik yang boleh membawa kita kepada akar umbi punca masalah itu terjadi. Setelah mengenal pasti punca masalah, barulah dirangka plan penyelesaian kepada masalah itu.
3. Apa yang bakal terjadi jika…?
Kaji dan periksa setiap strategi yang telah kita nyatakan di langkah 2 tadi. Kemudian, pilih startegi yang dirasakan paling sesuai dengan situsai bisnes kita.
4. Ayuh, bertindak!
Jalankan startegi yang telah dipilih di langkah 3 tadi. Setelah dijalankan, adakah kita berjaya menemui punca sebenar terjadinya masalah itu? Jika ya, sudah jumpa, terus ke langkah ke 5. Jika masih belum jumpa puncanya, patah balik ke langkah 3.
5. Nilai semula
Kaji semula adakah strategi yang diambil berjaya menyelesaikan masalah kita sepenuhnya. Jika ya, tahniah! Selesai kerja.
Namun, jika strategi yang dilakukan tidak menyelesaikan keseluruhan masalah, sila patah balik kepada langkah 3. Ulang sehingga masalah benar-benar selesai.
Itulah perkongsian ringkas 5 langkah yang tim kami ambil apabila berhadapan dengan sesuatu masalah. Sejujurnya, langkah-langkah ini diterangkan secara ringkas saja. Dalam setiap langkah itu, masih ada banyak perkara lain perlu dilakukan. Namun, apa yang paling penting adalah, kekal tenang dan jangan terlalu cepat gelabah.
Nota: Untuk dapatkan lebih banyak tips perniagaan, anda boleh dapatkan ia di channel Telegram Safuan Borhan. Sila Klik SINI untuk ke channel tersebut.
Leave a Reply