Sebut saja nama Tom Morse, sudah pasti penggemar minuman tenaga “5-Hour ENERGY” mengenalinya. Produk tersebut mendapat tempat di hati penduduk sekitar Amerika Syarikat dan Kanada.
Tetapi, siapa beliau sebenarnya?
Tom Morse atau nama sebenarnya, Thomas Morse merupakan Pengasas dan bekas CEO kepada syarikat Living Essentials yang menjadi pengeluar utama produk minuman tersebut.
Sekarang ini beliau menjadi CEO kepada Instavit, pengeluar produk kesihatan yang menggunakan kaedah spray ke dalam mulut.
Beliau ada berkongsi 4 tip utama untuk buat pelancaran produk baru. Antaranya adalah:
1. Wujudkan hubungan dengan para pembeli runcit
Gunakan kelebihan yang dimiliki oleh pembeli runcit. Gunakan mereka untuk pasarkan produk kita ke seluruh negara.
Mereka akan membeli dengan kita dan kemudiannya menjual semula melalui berbagai cara termasuklah mempunyai kedai sendiri, secara online dan lain-lain lagi.
Menurut beliau, platform terbaik untuk memulakan perniagaan adalah dengan memperkenalkan produk kita di Pameran Perdagangan dan Industri.
“Ia akan menjadi suatu pengalaman yang berharga ketika berjumpa dan bercakap dengan mereka yang menghadiri pameran tersebut. Dan lambat laun kita akan berjumpa dengan orang yang kita cari,” kata beliau.
2. Produk mestilah bersikap menyelesaikan masalah pengguna
Produk yang dijual haruslah dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengguna atau memudahkan mereka.
“Sesuatu produk itu akan menjadi fenomena sekiranya ia membantu menyelesaikan masalah pengguna dan bersesuaian dengan keadaan persekitaran,” ujar beliau.
Sebagai contoh sekarang ini banyak syarikat yang mengeluarkan produk kurus bagi menyelesaikan masalah mereka yang mahu menurunkan berat badan.
Produk-produk tersebut memang menepati trend dan kehendak masyarakat di Malaysia masa kini yang memang terkenal dengan kadar obesiti yang paling tinggi di Asia.
3. Paparkan kisah yang menjadi pencetus inspirasi produk tersebut
Paparan kisah sebegini menjadi salah satu cara kita menarik minat pelanggan di samping kita memperkenalkan produk terbaru kita.
Kisah tersebut juga akan menjadi pendorong buat pelanggan sekaligus membantu mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Misalannya kita bercerita bagaimana tercetusnya produk kurus yang tidak memerlukan kita bersenam 5 hari seminggu yang menjadi beban kepada mereka untuk turunkan berat badan.
Daripada kisah tersebut, produk itu telah diperkenalkan dan secara tidak langsung mempromosikannya kepada khalayak.
Ujar Thomas Morse, “usahawan yang bijak akan sentiasa mencari jalan untuk mencipta demand untuk produk itu.”
Tambah beliau lagi, cara tersebut adalah paling efektif dan efisyen untuk masyarakat mengenali produk kita.
4. Siapkan diri untuk membuat jualan
Setelah semua proses di atas telah dilakukan, kita mesti bersedia untuk menyambut dan melayan setiap pelanggan yang datang.
Pastinya kita tak mahu kehilangan setiap sales yang masuk kerana ia akan menjadi income dan memberi persepsi yang baik terhadap produk kita.
“Peluang yang muncul di hadapan kita harus kita ambil. Pastikan resources cukup dan kita mempunyai team yang terbaik untuk menghadapi sales yang meningkat,” kata beliau.
P/S: Safuan Borhan ada menyediakan satu platform perkongsian ilmu bisnes dan marketing secara PERCUMA di SINI. Boleh lah join.
ashraf says
nombor satu tu, pembeli runcit atau pembeli borong?
pembeli runcit biasanya end-user, kan?