SAFUAN BORHAN

Most en·gag·ing Internet Marketer In Malaysia

  • HOME

4 Tips Tingkatkan Follower Di Instagram

March 31, 2016 by Safuan Borhan Leave a Comment

Kita melayari Instagram untuk melihat gambar-gambar yang menarik. Gambar yang menarik di akaun kita mampu menarik ramai follower. Kenapa perlu ada ramai follower ya?

Bila sudah ada ramai follower, orang dah kenal kita, secara tidak langsung kita telah mencipta ‘trust’. Dengan trust ini lah mudah bagi kita untuk menjual apa-apa kelak.

Strategi ini telah banyak diguna pakai. Atita Haris contohnya.

Jadi, bagaimana caranya supaya kita mudah mengumpul follower? Sini ada 3 tips yang boleh diikuti.

Ambil gambar untuk diri sendiri

Image_1-600x450

Ini mungkin bertentangan dengan apa yang kita biasa dengar. Tetapi, jika kita mahu tingkatkan follower di Instagram, berhenti daripada terlalu fikirkan orang lain. Ini tidak, selalu sangat risau apa kata orang lain sehingga kita tidak mampu menjadi diri sendiri.

“Eh, tak boleh ambil gambar macam ni. Nanti orang tak suka. Sifu fotografi, sifu Insta tak rekemen ambil gambar subjek macam ni”, oh please… Kadang-kadang, untuk menerokai keunikan sendiri, jangan terlalu terikat dengan peraturan yang ditetapkan oleh manusia lain.

Fokus untuk menyuarakan pendapat sendiri, bukan mengejar like dan follow semata-mata. Setiap orang ada keunikan dan identiti masing-masing. Terokai minat dan kekuatan itu. Tidak perlu terikut-ikut dengan gaya orang lain. Kita tidak perlu cuba untuk menjadi orang lain. Lagi pun, bukankah akaun Instagram itu akaun kita?

“Jadilah trend setter, bukan follower semata-mata”

Perlahan-lahan

dr-2

Setiap kali kita terlihat gambar-gambar yang cantik menarik debabom di Instagram, kita mesti sangkakan ia ditangkap dengan mudah. Betul?

Hakikatnya, ramai Instagrammer yang punyai follower ramai mengaku mereka mengambil masa lama dan terpaksa mengambil gambar yang sama berulang kali sebelum ianya benar-benar ‘menjadi’. Selalunya sampai 20-30 kali untuk sekeping gambar sahaja.

Sabar. Ambil masa dan jangan gopoh.

Belajar gunakan kamera anda sebaik mungkin. Pemerhatian juga merupakan salah satu faktor tambahan yang sangat membantu dalam menghasilkan gambar yang menarik.

Buat sesuatu lain daripada yang lain

San-Luis-Obispo-by-Karen-Grubb-for-Global-Yodel-7-600x600

Tolong lah berhenti daripada mengambil gambar kaki anda di jalan raya, gambar anda melompat di hadapan lokasi terkenal atau gambar selfie muncung itik (duckface) tu.

Kita dah ada ramai instagrammer yang mempamerkan gambar-gambar macam tu. Kenapa pula perlu sertai mereka? Tampillah dengan sesuatu yang baru. Tonjolkan kelainan.

Jangan malas bereksperimen dengan gambar. Cuba ambil gambar dari pelbagai sudut – meniarap, panjat ke atas sesuatu atau dari jarak yang berbeza. Semakin banyak gambar yang kita ambil, semakin banyak yang kita pelajari. Dari sinilah kita boleh terokai gaya kita tersendiri.

Bercerita

simonebirch-for-global-yodal-2-of-10-600x450

Ya, mulakan bercerita menggunakan gambar. 1001 cerita boleh digambarkan dengan hanya menggunakan 1 gambar.

Sudah fitrah manusia, suka mendengar atau mengetahui sesuatu cerita (sebab itulah kita bergosip).

Jadi, susun plot cerita anda dengan susunan gambar yang menarik.

Tidak percaya? Cubalah dulu.

 

p/s: Suka dengan 4 tips ini? Jom follow channel Telegram Safuan Borhan di SINI untuk belajar lebih banyak tips bisnes dan marketing.

(Visited 229 times, 1 visits today)

Filed Under: Uncategorized

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 Artikel Popular Safuan Borhan

  • 4 Teknik Pemasaran Offline Mudah
  • 5 Cara Kreatif Menghargai Pelanggan Anda
  • 5 Teknik Berkesan Untuk Follow Up Prospek
  • 4 Cara Menghargai Pekerja Anda
  • 5 Langkah Menghasilkan Copywriting Berkesan

Copyright © 2025 · Beautiful Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in