SAFUAN BORHAN

Most en·gag·ing Internet Marketer In Malaysia

  • HOME

4 Tips Menjual Supaya Prospek Terus Membeli

April 13, 2016 by Safuan Borhan Leave a Comment

Setiap peniaga pasti mahukan deal yang berjaya setiap kali bertemu dengan prospek. Ya lah, kita dah laburkan duit dan masa kita untuk mereka, tak kan kita nak biarkan ia sia-sia saja.

Namun, adakah kita mempunyai cara yang terbaik untuk melakukannya?

Sekiranya anda tidak masih buntu dan tercari-cari cara yang efektif semasa proses close sales, jom baca perkongsian saya ini.

Moga membantu.

Dapatkan persetujuan yang pasti

Masa merupakan musuh kita yang paling ketat.

Masa tidak pernah mengejar kita apatah lagi menunggu. Jadi, jangan berlengah-lengah lagi.

Di dalam proses jual beli, sikap sebegini sememangnya perlu dielakkan. Dengan hanya sedetik, pelanggan kita boleh berubah fikiran atau disambar oleh para pesaing kita.

Jadi, setelah berjaya mendapatkan pelanggan kita perlu menyediakan hitam putih untuk memastikan closed sales yang sempurna dan lantas bertindak sebagai bukti kelak.

Bertindak segera

 

Dalam kehidupan kita, pasti kita ada meletakkan target untuk dicapai di setiap akhir bulan. Untuk mencapai target yang diingini, kita perlu bertindak dengan segera.

Justeru, ia turut melibatkan komitmen daripada pelanggan. Maksudnya, pelanggan tersebut akan menjadi faktor utama dalam kita mengejar key performance index (KPI) kita.

Namun harus anda ingat, perkara ini mungkin memerlukan sedikit insentif ditawarkan seperti memberi diskaun atau menyediakan servis tambahan kepada pelanggan kita.

Perkongsian maklumat

Semasa proses rundingan sedang berlaku, ringan-ringankanlah mulut untuk berkongsi maklumat yang belum diketahui umum.

Hal ini akan menarik minat pelanggan kerana mereka akan menganggap diri mereka istimewa.

Mungkin kita boleh berkongsi tentang produk atau servis baru yang akan dilancarkan atau testimoni daripada pelanggan-pelanggan sebelum  ini.

Bersedia menerima ‘rejection’

Kita perlu bersedia untuk menerima hakikat yang tidak semua deal akan berjaya.

Kaji semula kelemahan dan tingkatkan kekuatan diri kita untuk lebih maju.

Mungkin ia tidak menepati citarasa pelanggan atau masa yang tidak sesuai atau ada sesuatu yang berlaku sehingga menyebabkan mereka membatalkan deal tersebut.

Peringatan:

Kita pastinya mahu melihat hasil yang terbaik dalam membuat sales. Justeru, pentingnya untuk kita mempunyai cara yang efektif untuk close sales. Ilmu sudah pun kita miliki. Jadi, JANGAN bertangguh lagi.

P/S: Safuan Borhan ada menyediakan satu platform perkongsian ilmu bisnes dan marketing secara PERCUMA di SINI. Boleh lah join.

(Visited 565 times, 1 visits today)

Filed Under: Uncategorized

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 Artikel Popular Safuan Borhan

  • 4 Teknik Pemasaran Offline Mudah
  • 5 Cara Kreatif Menghargai Pelanggan Anda
  • 5 Teknik Berkesan Untuk Follow Up Prospek
  • 5 Langkah Menghasilkan Copywriting Berkesan
  • 4 Cara Menghargai Pekerja Anda

Copyright © 2023 · Beautiful Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in