Jika dalam artikel sebelum ini saya pernah ceritakan bagaimana nak yakinkan pelanggan yang mempunyai sikap ragu-ragu untuk membeli (boleh baca di sini), kali ini saya akan kongsi pula tentang usahawan yang memiliki sikap ragu-ragu.
Sifat ragu-ragu merupakan sifat yang harus dihindari oleh semua orang kerana pada dasarnya sifat itu datang daripada tipu daya.
Sebagai seorang usahawan, seringkali sifat ragu-ragu menghantui diri sendiri. Meragui idea, pelan dan kemampuan mereka sendiri. Mungkin ada juga yang berkata “Adakah aku orang yang layak bekerja dalam bidang ini?”
Sekiranya kita membiasakan diri kita dengan sifat ragu-ragu dalam mengambil keputusan, kita akan menjadi tidak yakin untuk menjalani hidup kita dan kemungkinan besar akan jadi orang yang tidak punyai pendirian yang tetap.
Adalah sangat penting untuk kita belajar bagaimana cara untuk menangani stress pada saat kita merasakan keraguan yang begitu besar sehingga kita dapat terus mengejar impian kita.
Berikut adalah 4 tips yang boleh kita amalkan untuk mengatasi sifat keraguan dalam diri kita.
1. Terima kegagalan
Antara faktor para usahawan mempunyai sikap ragu-ragu ini kerana takut menghadapi kegagalan. Kegagalan itu dilihat umpama satu pencapain yang buruk dan memalukan. Sedangkan kegagalan itu memang tidak dapat dielakkan walau sehebat dan berbakatnya kita sekalipun. Daripada kegagalan kita bangkit dan belajar menjadi lebih matang. Kegagalan adalah sebahagian daripada perjalanan untuk menuju kejayaan.
Sekiranya kita menerima kegagalan, janganlah kita menutupi kegagalan itu seolah-olah kita tidak mengetahuinya sebaliknya terima kegagalan kita sebab jika kita bangun daripada kegagalan, ia menggambarkan reputasi professional sebagai seorang usahawan. Daripada kita taksub dengan masalah serta takut untuk terima kegagalan, adalah lebih baik jika kita belajar dari kesilapan tersesebut dan cari jalan peneyelesaian.
2. Akui pencapaian
Setiap usahawan pasti akan hadapi hari yang baik dan juga buruk. Ditambah pula dengan pelbagai karenah pelanggan yang bermacam ragam dimana kita kadang-kadang tidak dapat meneyenangkan pelanggan walaupun kita telah bekerja keras untuk mereka.
Setiap usahawan akan mengatakan kepada kita bahawa untuk memulakan sebuah perniagaan merupakan sesuatu yang sukar. Ia memerlukan kerja keras dan dedikasi tinggi untuk menggali setiap idea di pasaran. Dan pada satu masa, jika kita ingin rasa menyerah kalah dan berasa ragu-ragu dengan apa yang kita lakukan, fikirkan semula apa yang sudah kita korbankan sebelum ini. Ingat kembali pencapaian yang pernah kita perolehi setelah melalui masa sulit. Ia dapat memberi semangat semula pada kita.
3. Jangan bandingkan dengan orang lain.
Cuba kita jadi realistik dan jangan pernah bandingkan diri kita dengan orang lain kerana perkara ini tidak adil buat diri kita. Hal ini hanya akan buat perasaan ragu-ragu kita semakin membesar. Kita akan semakin gelisah. Sebaliknya cubalah untuk membina rangakain dan belajar daripada kejayaan orang lain seperti bertukar idea dan memberikan dorongan kepada orang lain.
4. Membuat keputusan pada waktu yang tepat
Menjalankan perniagaan menuntut kita untuk membuat beratus-ratus keputusan. Setiap keputusan yang kita ambil akan mempunyai akibatnya tersendiri sama ada positif atau negatif. Lantaran itu, mereka dipenuhi dengan pelbagai pendapat dan tidak dapat bergerak untuk membuat keputusan dengan baik kerana mempunyai keraguan yang besar untuk memutuskan sesuatu keputusan. Jadi, berikan komitmen sepenuhnya dalam setiap tindakan yang kita ambil. Semakin kita aktif dalam melakukan hal tersebut maka kita akan semakin percaya pada diri kita dan juga pada kemampuan untuk memimpin syarikat.
P/S: Suka dengan artikel ini? Safuan Borhan ada menyediakan satu platform perkongsian ilmu bisnes dan marketing secara PERCUMA di SINI. Boleh lah join.
Leave a Reply