Di era kini, rasanya majoriti boleh ‘dijumpai’ di alam maya. Semua orang mempunyai akaun media sosial mereka sendiri. Disebabkan kebebasan itu jugalah yang menyebabkan terjadinya terlalu banyak scam.
1. Content bergambar adalah RAJA
Reach bagi sesebuah post di Instagram kini sudah berubah sejak Instagram menggunakan algoritma baru (sejak diambil alih oleh Facebook). Sama ada akaun anda mampu survive atau tidak, itu akan ditentukan oleh engagement antara anda dan fans anda. Jika dahulunya Instagram memaparkan setiap post berdasarkan kronologi masa, siapa post dulu, post dia akan ditayangkan dulu. Kini, game sudah berubah. Sekarang, post yang lebih banyak engagement akan lebih diutamakan. Semakin banyak like dan komen yang anda terima untuk sesebuah post, semakin tinggi ranking akaun anda. Ini sekaligus mampu meningkatkan lagi reach akaun anda itu.
Gambar berkualiti merupakan perkara paling utama dalam pemasaran Instagram. Jika ada bajet lebih, dapatkan DSLR. Jika tidak, belajar menggunakan kamera iphone atau telefon lain secara optimum. Gunakan cahaya semulajadi. Bukan cahaya flash.
2. Kita mahukan kualiti, bukan kuantiti
Ramai yang ghairah untuk post 3-5 kali sehari di Instagram dan sangkakan tindakan mereka itu akan meletakkan mereka lebih terkehadapan berbanding pesaing lain. Dulu boleh lah, tapi bukan dengan algoritma baru. Sekarang, kita harus beri lebih perhatian terhadap apa yang dikongsikan. Adalah ia relevan dengan audience kita?
Twitter adalah media sosial yang mana kita boleh post berulang-ulang kali, tetapi bukan pada Instagram. Di Instagram, kita harus menjadi selektif dalam pemilihan bahan yang mahu dikongsikan. Jika post itu tidak mampu menarik perhatian orang ramai, mereka tidak akan sama sekali berhenti untuk melihat dan membaca posting kita.
Sebuah pasukan bola sepak mampu untuk berkongsi setiap gambar pada setiap perlawanan mereka, atau mereka boleh memilih satu gambar yang bermakna, penuh dengan emosi untuk dikongsikan seminggu sekali sahaja. Berkongsi highlight of the match mungkin.
Pilih gambar yang mampu memberi impak maksima sahaja. Berkongsi terlalu kerap sudah tidak membantu sekarang.
3. Bercerita
Ini yang akan menentukan sama ada anda adalah ‘Brand’ atau ‘Influencer’. Setiap orang ada kisah masing-masing.
Storytelling adalah menyampaikan cerita. Sudah pasti ianya tidak sama dengan mempromosikan produk atau servis. Kaedahnya berbeza walaupun mungkin objektifnya adalah sama – untuk menjual produk.
Dalam bercerita, kita bersikap lebih terbuka. Terbuka untuk menceritakan setiap kegembiraan, kedukaan dan keperitan yang dilalui sebelum berada di kedudukan sekarang. Itu lebih digemari orang ramai.
Dalam sukan, ada cerita kemenangan dan kekalahan yang boleh diceritakan. Tetapi, orang lebih tertarik dengan cerita bagaimana sebuah pasukan yang ketinggalan mampu melakukan comeback di saat akhir dan akhirnya menang perlawanan tersebut. Itulah dia cerita yang berkualiti.
4. Tanya pada diri: “Aku sendiri suka tak pada post ni?”
Hakikatnya, kita semua adalah pengguna. Apakah yang menyebabkan kita berhenti dan membaca atau melihat sesebuah iklan itu?
Setiap daripada kita boleh menilai sendiri sama ada sesebuah posting itu menarik atau tidak, dengan syarat, kita meletakkan diri di tempat pembaca.
Kita tidak mahu jadi syok sendiri dengan menyangka post kita cukup menarik. Jadi, sebelum post, letakkan diri di tempat audience dan tanya pada diri sendiri, “Aku suka tak pada post ni?”
p/s: Ingin belajar dan memajukan lagi perniagaan anda? Dapatkan maklumat dan perkongsian secara PERCUMA di channel Telegram Safuan Borhan di SINI.
fahmi paridin says
Assalamualaikum,
Terima kasih tuan atas perkongsian. Saya dapat manfaat banyak dari tuan. Semoga allah membalas jasa tuan.
fahmi paridin,
hourloft.com