SAFUAN BORHAN

Most en·gag·ing Internet Marketer In Malaysia

  • HOME

4 Teknik Pemasaran Offline Mudah

March 7, 2016 by Bantu Team 1 Comment

Nota Editor: Artikel ini ditulis oleh Bantu Team untuk blog mereka, blogspace.bantu.my. Bantu.my merupakan platform jual beli online untuk khidmat atau skil berkaitan bisnes, teknologi & rekaan kreatif.

Pemasaran online (melalui internet) merupakan antara strategi terpenting bagi sesebuah bisnes pada masa ini. Kos yang mudah dikawal dan dirancang serta jangkauan yang luas membuatkan ia strategi yang sangat sesuai untuk penjual online atau peniaga kecil-kecilan.

Namun begitu, pemasaran offline (luar internet) masih merupakan kaedah pilihan dan sangat efektif dalam menarik pelanggan baru dan meningkatkan kesedaran mengenai bisnes anda.

Walaupun pemasaran offline sering dikaitkan dengan kos yang sangat tinggi, namun jika dirancang dengan bijak dan anda kreatif dalam menjalankan pemasaran ini, ia akan menjadi alat yang paling berjaya tidak kira sekecil mana pun saiz perniagaan anda.

Kali ini kami kongsi 4 teknik pemasaran offline mudah yang kami sarankan untuk dicuba oleh anda:

1. Cuba Pemasaran Secara Gerila

Sama seperti taktik perang gerila, teknik ini memerlukan anda berfikir di luar kebiasaan dan melakukan perkara yang luar biasa yang mungkin tidak diterima oleh kebanyakan pemilik bisnes kecil lain. Luar biasa di dalam konteks ini diterjemahkan kepada  “sukar dilupakan” — dan jika anda hendak meninggalkan impak yang mendalam kepada pelanggan, ini merupakan cara pilihan.

Antara contoh teknik gerilla skala kecil ialah:

  1. Menampal flyer anda di tempat yang sering dilawati dan mudah dilihat seperti papan pemesan drive-thru
  2. Meninggalkan kad bisnes di tempat yang sesuai.

115225_5498312_989399_image

2. Memberi Sesuatu

Ini merupakan teknik yang sering dilakukan oleh kebanyakan bisnes. Namun, memberi hadiah atau pemberian secara percuma begitu sahaja memerlukan kos yang agak tinggi. Untuk bisnes kecil dan sederhana, anda tidak perlu menyediakan pemberian secara custom atau ditempah khas. Cukup dengan memberi sesuatu barang yang murah dan mudah diterima. Sebagai contoh:

  1. Memberi botol air (yang dibeli dari 7e) dan beri berserta flyer atau kad bisnes kepada orang ramai yang berada di kawasan panas.
  2. Memberi diskaun berdasarkan jumlah barang yang dibeli.

Apabila anda memberi sesuatu pemberian, ia akan membuatkan pelanggan lebih menghargai dan setia kepada anda.

Memberi hadiah sebuah kereta kepada pelanggan barangkali?
Memberi hadiah berupa sebuah kereta kepada pelanggan barangkali?

3. Reka Papan Tanda & Banner Perniagaan

Jika bisnes anda beroperasi melalui lot kedai, dapatkan khidmat jurureka untuk mereka papan tanda yang terang dan menarik perhatian. Tidak perlu menumpukan terhadap kecanggihan papan tanda tersebut, tetapi tumpukan kepada rekaan dan isi kandungan. Papan tanda yang berkesan mempunyai warna yang menarik perhatian dan teks yang mudah difahami,

Selain itu, untuk semua jenis bisnes anda boleh mendapatkan banner perniagaan dan letakkan di lokasi-lokasi yang sesuai. Banner anda perlulah selari dengan motif perniagaan anda dan pastikan ia ringkas dan mudah difahami.

banner-makan-mania

4. Bersosial & Bina Network

Jika anda tidak mempunyai bajet untuk menempah tapak di mana-mana event, pertunjukan atau ekspo, cukup dengan menghadiri acara-acara ini sebagai perserta dan jangan lupa bawa kad bisnes anda. Gunakan acara-acara ini untuk membuat kenalan baru yang penting bagi perniagaan anda di samping menggunakan peluang ini untuk mendapatkan pelanggan.

12800310_10208823918614210_8355108207165258793_n

Secara keseluruhannya, untuk melakukan pemasaran offline yang berkesan, anda perlu melatih diri menjadi kreatif dan cuba melihat di sekeliling anda dengan mata & minda yang terbuka. Pasti anda akan menjumpai pelbagai cara untuk memasarkan produk dan bisnes anda.

p/s: Jika anda berminat untuk belajar strategi perniagaan dan pemasaran yang efektif, anda boleh join channel Telegram Safuan Borhan di SINI.

(Visited 13,304 times, 15 visits today)

Filed Under: Uncategorized

Comments

  1. KASSIM HARRIS says

    March 8, 2020 at 12:09 AM

    Saya nak belajar marketing offline jual produk kesihatan

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 Artikel Popular Safuan Borhan

  • 4 Teknik Pemasaran Offline Mudah
  • 5 Cara Kreatif Menghargai Pelanggan Anda
  • 5 Teknik Berkesan Untuk Follow Up Prospek
  • 4 Cara Menghargai Pekerja Anda
  • 5 Langkah Menghasilkan Copywriting Berkesan

Copyright © 2025 · Beautiful Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in