Tahukah anda?
Dua perkara penting dalam dalam pemasaran atau pengiklanan adalah Headline dan Tawaran.
Headline– adalah perkara yang sangat mudah melainkan anda pernah belajar “copywriting” dan ini akan membuatkan jualan anda meningkat naik.
Tawaran- sekiranya anda ingin meningkatkan jualan anda, anda mestilah membuat tawaran yang tidak mampu untuk prospek menolaknya. Sekiranya prospek menolak tawaran tersebut, prospek merasakan meraka dalam keadaan rugi besar.
Berikut merupakan 4 strategi untuk mencipta tawaran yang sangat berkesan.
1- Anda perlu menawarkan sesuatu yang pelanggan anda mahu, bukan hanya sesuatu yang anda fikir perlu (atau sesuatu yang mudah untuk anda). Perlu diingat ….
sudah pasti bahawa tawaran dibuat adalah berdasarkan apa yang prospek mahukan dan apa yang prospek mahukan adalah jarang pada benda yang sama.
2- Prospek mesti dapat fahami dengan segera mengapa mereka mesti mahu pada tawaran itu? Lagipun, jika tidak ada manfaat yang jelas kepada prospek,mengapa mereka perlu menghabiskan masa dan membelanjakan wang???
Ini menjadi salah satu sebab mengapa perundingan percuma atau newsletter tidak lagi berkesan dalam pemasaran atau pengiklanan. Oleh itu, anda perlu menjanjikan sesuatu yang lebih menarik untuk prospek anda.
3- Tawaran mestilah mempunya nilai yang tinggi daripada risiko dan sebahagian daripada tawaran ini adalah…
sebutan harga.
Selain itu, laporan percuma, perbandingan kos, percubaan percuma, dan jaminan wang dikembalikan merupakan tawaran yang boleh dijanjikan kepada prospek. Tawaran-tawaran sebegini memberi nilai yang tinggi daripada risiko kepada prospek.
4-Tawaran yang dijanjikan menjadikan prospek mempunyai alasan untuk mereka mengambil tindakan sekarang. Jadi, sekiranya mereka tidak mengambil tindakan segera, prospek merasakan dalam kerugian yang teramat sangat.
Oleh itu sebagai usahawan anda mestilah memberi insentif kepada prospek supaya prospek bertindak dengan kadar segera. Misalnya tawaran masa yang TERHAD, early bird rates, bonus khas, dan menekankan kepada prospek mengapa mereka perlu menunggu lagi kerana ini akan merugikan mereka, dan sebagainya.
Peringatan:
Sekiranya anda membuat tawaran berkaitan masa seperti tawaran masa adalah TERHAD, PASTIKAN bahawa tawaran anda adalah BENAR. Sekiranya anda tidak berpegang pada janji yang ditawarkan maka kredibiliti anda akan jatuh dan menyebabkan prospek tidak mempercayai anda.
P/S: Safuan Borhan ada menyediakan satu platform perkongsian ilmu bisnes dan marketing secara PERCUMA di SINI. Boleh lah join.
Tips yang Mantop ni untuk diapply pada bisnes…