Pasti ramai yang sudah menyedari tentang ‘blue tick’ dan ‘grey tick’ di Facebook. Ramai juga yang sudah cuba mendapatkannya namun gagal. Facebook mahu menjadikan platform mereka sebagai tempat bersosial yang selamat. Oleh itu, mereka amat menjaga audience daripada sebarang penipuan. Maka sebab itulah amat ketat untuk mendapatkan pengiktirafan daripada mereka. Jom baca 4 sebab utama kenapa sesebuah page itu gagal mendapat Verified Page.
1. Tidak Layak
Mudah alasan ini. Kadang-kadang kita merasakan kita sepatutnya tiada masalah untuk mendapat verified page namun gagal.
Hakikatnya, sedarlah wahai rakanku, Facebook ini bukan kita punya. Ia Mark Zuckenberg yang punya. Beliau boleh buat apa yang dia suka di ‘rumah’nya. Kita yang menumpang kena buat cara menumpang.
Tetapi jangan berputus asa, teruskan menjadi aktif di Facebook, kerapkan lagi berkongsi sesuatu yang bermanfaat. Ia mungkin akan membantu nanti.
2. Tiada Website
Kita harus mempunyai website sendiri untuk kelihatan lebih serius dalam perniagaan (terutamanya di mata Facebook). Percayalah, dengan mempunyai website sendiri, kita akan lebih mudah membina kepercayaan. Sebab itu Facebook sangat suka dengan bisnes entiti yang mempunyai website kerana mereka kelihatan lebih serius (dan mungkin tidak membohong).
3. Tidak Cukup Aktif
Jika kita jarang-jarang log in ke Facebook atau jarang sangat post sesuatu di Facebook, kebarangkalian untuk mendapat verified page sangat rendah.
Cuba lebih bersosial di Facebook, like dan komen di post rakan lain. Tunjukkan yang diri kita ini aktif dan gunakan sepenuhnya Facebook itu. Pastikan juga kita post sesuatu yang berkualiti, yang disukai oleh orang ramai supaya mereka akan memberi respon kepada post kita.
4. Spam
Spam ni ada banyak jenis ye. Spam yang sering kita faham adalah dengan tag rakan-rakan dengan tujuan mempromosikan produk kita tanpa meminta kebenaran mereka terlebih dahulu.
Bagi Facebook, spam lebih daripada itu. Share Facebook post tanpa menambah sebarang pendapat sendiri juga dianggap seperti spam bagi mereka.
Cuba fikir semula, kenapa Microsoft tidak post gambar atau berita Bill Gates sedang bercuti di Navada bersama keluarganya atau pun aktiviti seharian Bill Gates. Kenapa? Kerana mereka tidak mahu kelihatan seperti sedang spam sesuatu yang tidak berkaitan dengan bisnes mereka. Mereka fokus kepada strategi bisnes mereka sahaja.
P/s: Bagi anda yang belum join channel Telegram Safuan Borhan, boleh join di SINI. Banyak ilmu bisnes akan dikongsikan di situ.
Leave a Reply