Nota Editor: Artikel ini ditulis oleh Bantu Team untuk blog mereka,blogspace.bantu.my. Bantu.my merupakan platform jual beli online untuk khidmat atau skil berkaitan bisnes, teknologi & rekaan kreatif.
Seringkali kita mendengar pakar motivasi atau tokoh-tokoh perniagaan menasihatkan kita untuk memilih jalan kerjaya yang betul-betul kita minati. Namun ramai daripada kita, setelah mendapat pekerjaan tetap (walaupun ia bukan kerjaya yang diminati) memilih untuk melupakan minat yang sedia ada.
Jika anda berada dalam situasi di atas, jangan khuatir. Anda tidak perlu berhenti dari kerja tetap yang anda sedang lakukan sekarang. Apa yang anda boleh lakukan ialah menjadikan minat anda itu sebagai hobi.
Contohnya, saya sendiri mempunyai seorang rakan yang berkerja sebagai seorang guru di sebuah sekolah rendah di Selangor. Namun rakan saya ini sebenarnya sangat gemar membuat rekaan grafik. Jadi di waktu lapang seringkali rakan saya ini menghabiskan masa dengan membuat rekaan-rekaan di komputernya dan kadang kala mengambil upah kecil untuk membuat rekaan grafik.
Jadi jika anda rasa anda mempunyai hobi, jom ikut langkah-langkah untuk menjana pendapatan melalui hobi anda:
1. Fikirkan Mengenai Hobi Yang Mungkin Boleh Dijual
Bagi saya, langkah pertama ini merupakan pengetahuan umum. Tetapi ramai di antara kita apabila ditanya mengenai hobi yang boleh menjana pendapatan akan menamakan perkara-perkara yang agak general seperti menulis, rekaan grafik, menulis program komputer, fotografi dan lain-lain. Namun jika anda fikirkan dengan lebih terbuka, hobi-hobi yang bunyinya seperti tidak mempunyai nilai wang sebenarnya boleh ditawarkan kepada orang yang memerlukan seperti memasak, mengemas rumah, bermain alat muzik dan sebagainya.
Anda hanya perlu mencari platform yang sesuai samada secara online atau secara offline.
2. Mulakan Dengan Sasaran Kecil
Setelah anda tahu hobi mana yang anda boleh gunakan untuk menjana pendapatan tambahan, mulakan dengan sasaran kecil. Ini kerana proses untuk mendapatkan orang yang sanggup membayar kita melalui hobi tersebut akan memakan sedikit masa. Jika anda merasakan bahawa hobi anda mempunyai potensi perniagaan yang besar, jangan terus berhenti daripada kerja tetap anda. Kaji semula struktur perniagaan tersebut dan tambah ilmu mengenai perniagaan terlebih dahulu.
3. Mengajar Orang Lain Merupakan Cara Terbaik
Jika anda masih tidak tahu cara menjana pendapatan melalui hobi anda, mengajar orang lain merupakan antara cara terbaik. Sebagai contoh, jika anda mempunyai hobi memancing, anda boleh gunakan kemahiran dan pengetahuan anda untuk mengajar orang lain dengan upah yang kecil.
4. Jangan Mudah Putus Asa
Jika anda boleh menjana pendapatan kecil-kecilan melalui hobi sehingga ia menjadi sumber pendapatan tetap anda, ianya merupakan satu perkara yang sangat baik. Jika anda gagal untuk menjana apa-apa pendapatan kecil dari hobi anda, jangan putus asa. Sebaliknya mungkin anda mempunyai hobi lain yang mempunyai permintaan yang lebih tinggi.
Tanya juga pendapat rakan-rakan atau ahli keluarga mengenai hobi anda atau minta nasihat dari orang yang mempunyai hobi yang sama.
P/S: Safuan Borhan ada menyediakan satu platform perkongsian ilmu bisnes dan marketing secara PERCUMA di SINI. Boleh lah join.
Leave a Reply