Ilmu itu luas. Cara untuk dapatkan ilmu pun ada pelbagai cara. Boleh jadi dengan pergi berguru, membaca buku atau pun melalui pengalaman sendiri. Salah satu cara mendapatkan ilmu dengan cara yang menarik dan tidak membosankan adalah melalui filem. Ya, kita tonton filem.
Jadi, kali ni saya kongsikan 4 buah filem keusahawan yang sangat berinspirasi. Banyak ilmu bisnes yang boleh kita belajar daripada filem-filem ini.
Antara filem yang sangat sesuai untuk kita tonton yang memberi motivasi adalah:
1. Jiro Dreams of Sushi
Filem dokumentari yang diterbitkan pada tahun 2011 ini mengisahkan tentang Jiro Ono, warga Jepun yang berumur 90 tahun, sebagi chef sushi dan merupakan pemilik restoran yang diakui restoran yang terbaik di dunia.
Filem ini memaparkan Jiro Ono dan para pekerjannya yang sangat berdedikasi akan kualiti dan sangat obses terhadap kesempurnaan terhadap setiap hidangan yang disajikan. Ini menjelaskan mengapa ada orang sanggup bayar sebanyak $300 hanya untuk satu piring sushi yang dibuat oleh mereka.
Pengajaran penting:
“Jika kita menunjukan dedikasi dan semangat dalam setiap perkara yang kita lakukan, pengguna bukan hanya akan melihat, tetapi akan menghargai setiap nilai yang kita berikan kepada mereka”.
2. Print the Legend
Filem yang diterbitkan pada tahun 2014 ini memfokuskan tentang revolusi 3D printing, juga memaparkan drama koperat yang sangat bagus.
Cerita ini memaparkan tema WANG vs KAWAN dan BISNES vs INOVASI. Filem ini mengisahkan tentang Bre Pettis sebagai co-founder. Watak yang dibawakannya ini seakan-akan Steve Jobs ketika mana dia pernah kehilangan kawan-kawan ketika sedang berusaha untuk menjadi seorang usahawan berjaya.
Dari sudut lain pula, filem ini memaparkan tentang Formlabs, sebuah syarikat sederhana yang berjuang untuk mendapatkan dana bagi pembiayaan projek yang dilaksanakan.
Pengajaran penting:
“Dalam perniagaan, bukan setiap hari langit akan terlihat cerah. Jadi kita perlu bersiap sedia dan ketahui setiap tindakan yang kita ambil dan kesannya”.
3. Burt’s Buzz
Filem ini mengisahkan tentang Burt Shavitz dan syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1984, Burt’s Bees. Filem ini memaparkan perjalanan Burt Shavitv dalam usahanya menjadi usahawan yang berjaya.
Beliau telah menjadikan sebuah sekolah yang usang, terbiar begitu lama dan mengubahnya menjadi sebuah syarikat yang unggul pada tahun 2007 dengan memberi keuntungan sebanyak $900 juta.
Walaupun syarikat Burt meraih keuntungan yang besar dan beliau hampir menjadi selebriti, Burt tkekal merendah diri.
Pengajaran penting:
“Tidak ada syarat tertentu untuk menjadi usahawan yang berjaya. Tidak berpendidikan tinggi? Tiada masalah. Jika Burt boleh, kita pun boleh.”
4. Wall street
Filem ini mengisahkan tentang seorang stockbroker muda yang sangat obses denagn dunia kewangan, Bud Fox. Bud Fox kemudian bertemu dengan Gordon Gekko.
Gordon adalah broker kaya yang kejam yang sangat terkenal dengan keangkuhannya dan baginya “ Ketamakan adalah perkara yang baik dalam dunia bisnes”.
Meskipun begitu, Gordon menjadi mentor yang sangat baik kepada Bud Fox. Dia mengajar Bud Fox cara bisnes yang membawa untung yang berlipat ganda serta tips dan triknya.
Bahkan cara kotor pun diajarkan kepada Bud. Impian Bud telah menjadi kenyataan. Namun, disebabkan sikap tamak, akhirnya dia ditimpa musibah.
Pengajaran penting:
“Kejayaan boleh datang dalam sekelip mata sahaja, tapi sifat tamak adalah petanda awal kehancuran bisnes yang kita jalankan.”
Banyak lagi filem dan dokumentari yang memberi motivasi dan isnpirasi kepada kita yang kita boleh tonton pada hujung minggu. Jadi, manfaatkan masa kita untuk meluaskan lagi bisnes perniagaan kita.
P/S: Suka dengan artikel ini? Safuan Borhan ada menyediakan satu platform perkongsian ilmu bisnes dan marketing secara PERCUMA di SINI. Boleh lah join.
Leave a Reply