SAFUAN BORHAN

Most en·gag·ing Internet Marketer In Malaysia

  • HOME

4 Fakta Tentang Kepuasan Pelanggan

April 25, 2016 by Safuan Borhan Leave a Comment

Untuk memenuhi kepuasan setiap pelanggan adalah amat sukar. Bayangkan kalau kita memiliki ratusan atau ribuan pelanggan, bagaimana kita mahu penuhi setiap keinginan mereka?

Oleh itu sebagai seorang perintis dalam bidang keusahawanan ini, kita perlu sentiasa siap sedia dalam menghadapi karenah pelanggan kerana pelanggan juga merupakan salah satu penyumbang kepada keuntungan atau kerugian sesuatu perniagaan yang kita jalankan.

Disini saya akan dedahkan 4 fakta tentang kepuasan pelanggan.

1. Seorang pelanggan yang baik mampu menyebarkan kebaikan kepada 8 orang

TETAPI…

Seorang pelanggan yang tidak baik mampu menyebarkan keburukan kepada 22 orang.

Jadi, hati-hati… Tersangatlah perlu menjaga kepuasan pelanggan. Bukan apa, kita semua dah sedia maklum. Orang Malaysia ni suka sangat dengan berita-berita sensasi. Orang kita suka gosip!  Berita yang tidak baik itu lebih cepat virusnya berbanding cerita kebaikan.

2. Hanya seorang pelanggan yang bersusah payah untuk membuat aduan, dan 26 yang lain hanya berdiam diri. Nak mencapai kepuasan setiap pelanggan memang susah . Sebab lain orang lain cita rasa kan. Jadi , senantiasa perhatikan dan cuba fahami pelanggan kita dengan sebaik-baiknya.

3. Seorang usahawan memerlukan 10 pengalaman bagi menutupi satu kesalahan.
Hanya kerana satu kesalahan atau kesilapan yang dilakukan , kita perlu lakukan 10 cara untuk tutup semula kesalahan tersebut.

Lumrah seorang manusia di mana, 10 kebaikan akan dilupakan begitu saja, tetapi bila kita melakukan satu kesalahan dan untuk menutupi balik satu kesalahan itu, kita memerlukan pelbagai usaha untuk mendapatkan semula kepuasan pelanggan.

4. Dianggarkan sebanyak 90% pelanggan tidak akan kembali lagi pada kedai itu, sekiranya mereka tidak berpuas hati tapi…

Masih ada HARAPAN!!!!

Sebanyak 70% akan kembali semula ke kedai tersebut sekiranya pengusaha itu meneyelesaikan masalah pelanggan seperti yang mereka inginkan.

Justeru, bagi syarikat yang menghadapi masalah sebegini, jangan mudah mengalah dan cuba sedaya upaya selagi  mana mampu memberi apa yang terbaik untuk pelanggan kita. Kerana pelanggan akan rasa dihargai apabila kita berusaha untuk memberi yang terbaik kepada mereka.

 

P/S: Safuan Borhan ada menyediakan satu platform perkongsian ilmu bisnes dan marketing secara PERCUMA di SINI. Boleh lah join.

(Visited 464 times, 16 visits today)

Filed Under: Uncategorized

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 Artikel Popular Safuan Borhan

  • 4 Teknik Pemasaran Offline Mudah
  • 5 Cara Kreatif Menghargai Pelanggan Anda
  • 5 Teknik Berkesan Untuk Follow Up Prospek
  • 5 Langkah Menghasilkan Copywriting Berkesan
  • 4 Cara Menghargai Pekerja Anda

Copyright © 2023 · Beautiful Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in