Dunia bisnes masa kini memang mencabar…semua dok berlumba-lumba nak jadi hebat..
Ye la…Siapa yang tak nak jadi hebat kan..
Tapi tu la syarikat sekarang ni…asyik fokus dekat produk baru, tak pon bahagian customer service, kalau tak pon bahagian marketing untuk maju..
Semua tu memang la penting…sebab bende-bende tu semua yang akan naikkan sales syarikat..
Tapi cube kita berfikir sejenak..
Siapa yang menggerakkan syarikat tu??
Siapa yang menjadi tiang belakang kepada sesebuah syarikat itu??
Siapa yang akan buat semua tugas dan tanggungjawab tu??
Siapa??Siapa??
Of course la PEKERJA atau STAF syarikat. Tak gitu…(siapa betul, sila jatuh tangan)
Mereka ni la yang menjadi penggerak dan tunjang utama kepada sesebuah syarikat..
Jika mereka ini dilayan dengan baik, sudah menjadi pasti yang syarikat akan menjadi lebih maju ke hadapan..
Sebabnya??
Apabila mood pekerja gembira dan bahagia, maka mereka akan mejadi gembira dan bahagia untuk menggembirakan dan membahagiakan syarikat..
Haaa…maksudnye diorang ni happy la nak buat keje nanti…ye dokkk???
Jadi, di sini ada beberapa cara atau tips untuk membuat para pekerja ni gembira dan bahagia..
1. Serlahkan kasih sayang anda terhadap mereka
Tak banyak syarikat yang menunjukkan yang mereka hargai segala apa yang pekerja mereka buat..
Selalunya syarikat buat tak kisah je…anggap pekerja ni kuli sepenuh masa…
Majikan sering memberi layanan yang dingin terhadap pekerja mereka walaupun pekerja ni dah buat kerja seperti yang diharapakan dan ada yang lebih bagus lagi..
Bukan nak mintak pujian yang tinggi melambung atau sampai nak bagi award setiap hari untuk Employee of The Day ke ape…over la pulak..
Cumanya bercakap la dengan perasaan yang penuh hormat…barulah pekerja ni rasa dihargai, disayangi dan dihormati..
Lepas tu mesti para pekerja ni akan hormat balik majikan dan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk majukan syarikat..
Disebabkan perasaan sense of belonging terhadap syarikat membuatkan pekerja akan sayang dengan tempat kerja mereka walaupun kerja separuh mati…
Mungkin syarikat juga boleh menganjurkan program-program bersamamu…
Buat la majlis makan bersama sebagai contoh…tak kisah la lunch atau dinner..buat 2 minggu sekali atau pon sebulan sekali..
Lepas tu buat la program riadah ke…sukan ke…apa-apa sahaja aktiviti luar untuk mengeratkan hubungan majikan dan pekerja…
2. Beri insentif kepada pekerja
Berilah insentif kat depa ni sebagai motivasi untuk terus maju dan berusaha di samping untuk meneruskan hidup..
Macam-macam jenis insentif boleh diberikan..
Contohnya insentif untuk prestasi yang bagus..mungkin penilaian prestasi tu boleh dibuat secara mingguan atau bulanan..
Selain itu, offer makanan tengah hari percuma pon boleh jadi satu bentuk insentif..
Bukan apa…saja nak suntik semangat kerajinan di dalam diri depa ni..
Bila pekerja dah kene suntik…apa lagi…khayal la depa ni..
Jadi majikan boleh lah suruh depa buat macam-macam…kasi lenjan la tenaga dan keringat depa..
3. Kongsikan matlamat syarikat bersama pekerja
Syarikat atau majikan kena rajin-rajinlah berkongsi matlamat syarikat…jangan buat senyap saja..
Pekerja juga berhak tahu matlamat syarikat untuk mingguan, bulanan, tahunan dan untuk masa akan datang..
Barulah si pekerja ni nampak dengan terang, jelas dan nyata hala tuju syarikat dan kemudiannya mereka akan rasa bertanggungjawab untuk memastikan matlamat syarikat dapat dicapai..
Selain itu juga, barulah para pekerja ni berasa seperti sebahagian daripada syarikat…kira dianggap macam keluarga la..
Siapa tak sedih kan bila dah berkorban macam-macam, tapi hanya dianggap sebagai orang luar je..
Walaupun bukan dari darah yang sama, sekurang-kurangnya nak la dapat layanan seperti saudara kandung sendiri..barulah semangat LEBIH!
Saja jadi bersemangat…supaya lebih semangat saya nak mengarang rencana ini..barulah awak-awak pun bersemangat nak baca..
okey…dan yang terakhir…bak kata orang putih…last but not least..
4. Beri peluang untuk pekerja berkongsi idea mereka
Rasanya kalian semua mesti dah paham bila tengok heading ni kan…nah tengok gambar pulak..

Selalunya idea-idea dari pekerja ni jarang sekali diterima pakai oleh majikan..
Kerana majikan beranggapan idea pekerja tak cukup ‘power’.
Tapi majikan kena ingat…yang pekerja sebenarnya lebih tahu tentang perjalanan sesebuah syarikat itu..
Mengapakah?
Hal ini disebabkan oleh para pekerja yang menjadi tunjang untuk hampir semua proses yang berlaku di dalam sesebuah syarikat…kiranya mereka ini orang yang paling dekat dengan pelanggan dan pembekal, segala sistem operasi syarikat, dan segala-galanyalah…maksudnya mereka lebih arif tentang selok-belok perjalanan seharian syarikat..
Jadi bila pekerja ini bagi idea sebagai penambaikan, seharusnya ia dipertimbangkan oleh syarikat. Jangan terus ditolak secara bulat-bulat.
Nanti mulalah si pekerja ni dok update kat twitter dengan FB…
#sentapitupasti
#sedihdanpilumerudungkembali
#kedukaanyangtidakterperi
dan macam-macam lagi hashtag la..
Apabila semua benda di atas ni diamalkan oleh syarikat dan majikan, maka pekerja akan lebih proaktif untuk bekerja..
Pekerja juga tidak harus dipandang sebelah mata dalam mengejar kejayaan sesebuah syarikat..
Kang dorang buat kerja dengan sebelah tangan, baru tahu rasa kamu!(tak marah..nasihatt)
“Remember, employees attitudes are based on the owners attitude towards them. Treat your employees better than the customers and your employees will make sure your customers are always taken care of.”-Tyler Leslie
P/S: Tertarik dengan tips ni tapi tak cukup? Nak lagi tips? Safuan Borhan ada menyediakan satu platform perkongsian ilmu bisnes dan marketing secara PERCUMA di SINI. Boleh lah join.
Leave a Reply