SAFUAN BORHAN

Most en·gag·ing Internet Marketer In Malaysia

  • HOME

4 ‘Business Hacks’ Yang Boleh Membantu Bisnes Anda

February 17, 2016 by Bantu Team Leave a Comment

Masa adalah wang, dan apabila anda menjadi seorang usahawan, kedua-dua ini menjadi sumber yang amat berharga!

Saya merupakan peminat idea-idea ‘life hacks’ – helah atau tip yang memudahkan sesetengah perkara dalam kehidupan seharian, terutamanya life hacks yang berkaitan dengan keusahawanan dan perniagaan!

Jadi untuk membantu anda menjimatkan masa, wang, dan memudahkan hidup anda ketika anda sedang mengembangkan atau membangunkan bisnes anda, kali ini kami kongsi beberapa ‘business hacks’ yang boleh membantu bisnes anda (dan juga diri anda secara tidak langsung).

 

1. Salurkan Tugasan Anda Secara Sambilan Kepada Orang Lain (Outsource)

shutterstock_185332604Tidak mempunyai masa, tenaga, dan juga kemahiran yang mencukupi untuk melakukan sesuatu tugasan bagi bisnes anda? Mengapa anda tidak mendapatkan orang lain untuk melakukannya?

Percaya atau tidak, mengupah orang lain untuk melakukan sesuatu tugasan dengan sempurna sebenarnya menjimatkan wang anda. Anda tidak akan membuang masa hanya untuk membaiki atau mendapatkan tetapan yang sempurna. Tambahan pula, masa tersebut boleh anda gunakan untuk memberi fokus atau mengembangkan bisnes anda.

 

 

2. Kongsi Ruang Pejabat Untuk Bisnes Anda

google-oc-rapt-studio-office-design-5

 

Kebanyakan bisnes kecilan bermula atau beroperasi dari rumah. Namun, pernahkan anda merasakan kadangkala ianya sukar untuk mengekalkan fokus dan motivasi apabila anda bekerja di rumah? Atau mungkin gangguan dari TV? Terlalu sunyi dan sepi? Atau mungkin juga anda memerlukan seseorang untuk bertukar pendapat dan idea?

Terdapat banyak kelebihan untuk dapat bekerja dari rumah, namun terdapat juga kekurangannya. Jika anda memerlukan ‘pejabat’ operasi sementara dan tidak memakan kos Sera yang tinggi, anda boleh mencuba konsep ‘co-working space‘ iaitu ruang operasi yang dikongsi dengan beberapa bisnes kecilan yang lain.

 

3. Lakukan Sesuatu Yang Sukar Dilupakan

memorable-design-e1447757037344

Setelah bertungkus-lumus setiap hari untuk membangunkan perniagaan anda, perkara terakhir yang anda mahu biarkan terjadi ialah orang lain untuk melupakan anda!

Kadangkala, lakukan perkara yang menarik perhatian dan sukar dilupakan.

Untuk permulaan, anda boleh mencipta slogan yang akan melekat dalam fikiran orang lain atau pastikan logo anda mudah diingati.

 

4. Kadangkala, Penggunaan Bahasa Boleh Mempengaruhi Pelanggan

Pastikan ayat dan penggunaan bahasa bersesuaian dengan sasaran pelanggan anda. Jangan pandang remeh perkara tersebut kerana kadangkala, selain dari kredibliti dan reputasi bisnes anda, penggunaan bahasa yang tertentu boleh mempengaruhi pilihan pelanggan anda.

 

Nota Editor: Artikel ini ditulis oleh Bantu Team untuk blog mereka, blogspace.bantu.my. Bantu.my merupakan platform jual beli online untuk khidmat atau skil berkaitan bisnes, teknologi & rekaan kreatif.

P/S: Safuan Borhan ada menyediakan satu platform perkongsian ilmu bisnes dan marketing secara PERCUMA di SINI. Boleh lah join.

(Visited 149 times, 2 visits today)

Filed Under: Uncategorized

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 Artikel Popular Safuan Borhan

  • 4 Teknik Pemasaran Offline Mudah
  • 5 Cara Kreatif Menghargai Pelanggan Anda
  • 5 Teknik Berkesan Untuk Follow Up Prospek
  • 4 Cara Menghargai Pekerja Anda
  • 5 Langkah Menghasilkan Copywriting Berkesan

Copyright © 2025 · Beautiful Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in