Kejayaan syarikat Apple sebagai perusahaan terbesar dunia sudah diketahui umum dan orang yang menjadi perintis kepada syarikat Apple adalah Steve Jobs.
Kejayaan syarikat Apple semakin popular sehingga hari ini. Kenapa ramai yang sangat meminati produk Apple dan sangat teruja dan ternanti-nanti jika Apple mengeluarkan produk baru?
Tentu saja ada nilai dan ilmu yang boleh kita ambil daripada usahawan yang berjaya dan terkenal ini untuk kita aplikasikan dalam perniagaan yang kita jalankan.
Kali ini kita akan kongsikan 3 perkara utama yang boleh kita pelajari tentang startup dari Steve Jobs.
1. Harga adalah berbeza dengan nilai
Harga adalah angka yang dipamerkan pada senarai barangan. Sedangkan nilai adalah harga dan juga faedah daripada produk tersebut.
Bagi menghasilkan sesuatu produk, dahulukanlah faedah, kebaikan dan manfaat sesuatu produk dan bukannya harga produk. Kerana nilai produk yang akan memberi keuntungan pada kita, bukannya harga.
Steve Jobs berpendapat bahawa orang yang ragu-ragu akan menolak untuk mempercayai sesuatu sehinggalah mereka melihatnya sendiri. Oleh itu, percayalah pada idea kita sekiranya kita ingin jadi usahawan tapi pastikan idea kita ada nilai yang tinggi untuk orang lain.
Inilah sebab Steve Jobs mampu mengubah dunia sementara kebanyakan orang lain menunggu dunia untuk berubah.
2. Bertindak seiring dengn inovasi
Bertindak berdasarkan inovasi yang ada masa kini iaitu menghasilkan produk seiring dengan kemajuan masa sekarang yang mana boleh membawa kejayaan kepada kita.
Sesebuah organisasi yang enggan untuk bergerak seiring dengan inovasi takkan dapat bertahan lama di dalam industri. Ini jugalah yang telah terjadi kepada syarikat gergasi Kodak dan Nokia.
3. Reka bentuk
Mungkin ada yang berpendapat reka bentuk tidak penting dan yang paling penting adalah fungsi. Tapi sesebuah reka bentuk adalah sangat penting bagi usahawan yang ingin berjaya kerana fungsi saja belum cukup untuk menghasilkan sesuatu produk yang dipandang pelanggan.
Reka bentuk akan sentiasa bergerak seiring dengan fungsi. Jika reka bentuk tidak tepat, bagaimana sesebuah produk boleh menjalankan fungsinya?
Kesimpulannya ialah, setiap insan yang berjaya pasti memiliki senjata yang ampuh untuk menang. Oleh itu, bagi mereka yang ingin menjadi usahawan yang berjaya, pelajarilah daripada mereka yang telah berjaya untuk kita tambahkan lagi ilmu di dalam bidang perniagaan ini.
P/S: Suka dengan artikel ini? Safuan Borhan ada menyediakan satu platform perkongsian ilmu bisnes dan marketing secara PERCUMA di SINI. Boleh lah join.
Leave a Reply