Rasanya, kebanyakan peniaga online sekarang ni ramai yang melakukan close sales di Whatsapps. Betul kan?
Bagi mereka yang belum lagi mempunyai sistem cart, atau sistem jualan secara automatik, whatsapps lah yang menjadi medium bagi menukarkan prospek menjadi pembeli.
Jadi, apakah cara terbaik yang harus kita lakukan semasa proses closing sales ini? Apakah pantang larangnya?
Jom baca beberapa tips ringkas bagaimana melayan prospek di whatsapps.
1- Pamerkan keikhlasan hati
Tunjukkan yang kita memang betul-betul nak tolong mereka. Tolong selesaikan masalah mereka. Kita mahu bantu mereka atasi ketakutan mereka itu. Bukan hanya mahukan duit poket mereka sahaja.
Cuba kita bayangkan, kita pergi ke kedai baju di pasaraya. Kita jalan tengok-tengok baju dan tiba-tiba ada sehelai baju telah berjaya menarik minat kita. Memang cantik bajunya dan kita dah bersedia mahu membeli. Tetapi, promoter kedai itu buat bodoh jer, rancak berborak dengan rakannya, langsung tidak hiraukan kita sebagai pelanggannya. Kita nak tanya pasal saiz segala bagai, tetapi dia buat tak nampak jer kita ada dekat situ. Agaknya, kita jadi ke nak membeli baju tadi?
Macam itu juga lah kalau meniaga online pun. Sama sahaja konsepnya. Jangan sesekali kita judge prospek sebelum mengenalinya. Layan setiap prospek itu dengan mesra dan jangan lupa senyum (ya, walaupun hanya di whatsapps).
Berikanlah layanan sehabis baik kepada pelanggan kita.
2- Respon pantas
Ini sangat penting. Kita WAJIB beri respon terhadap pertanyaan prospek kita sepantas mungkin. Bukan setakat pantas, tetapi respon yang membantu. Jangan prospek whatsapp hari ni, esok atau lusa baru nak reply. Rugi tu bang…
Saya ada pengalaman sendiri yang boleh diceritakan. Begini ceritanya.
Saya ada menjual supplement fat burner. Hasil daripada ayat jualan yang ‘lentik’, prospek berminat dan sudah bersedia untuk membeli. Dia tidak mahu tanya banyak, dia hanya mahukan nombor akaun sahaja. Tetapi disebabkan saya sedang melakukan urusan lain dan terlewat beri respon kepadanya (lewat sejam je…), prospek tadi sudah membeli daripada ejen lain. Menangis tidak berlagu lah saya jawabnya. Nampak tak, rugi kan lambat respon?
Jadi, jangan berlengah untuk memberi respon kepada prospek, takut-takut anda juga mengalami kerugian macam saya. Tetapi, kalau bukan rezeki kita, apa boleh dibuat kan?
3- Follow up
Bahagian ni yang masih ramai orang kita gagal. Lupa untuk follow up. Follow up secara berkala. Tak semestinya bila follow up mesti nak suruh orang beli. Kita boleh share tips percuma atau hanya sekadar bertanya khabar. Tujuan follow up ni untuk pastikan mereka sentiasa ingat kita je. Mungkin hari ni mereka masih tidak mampu untuk membeli lagi. 2 atau 3 bulan lagi, bagaimana pula? Mungkin mereka sudah mampu.
Satu lagi, semasa follow up, janganlah asyik ceritakan pasal produk je. Prospek bosan nanti. Silap-silap, terus kena block. Kita fokus kepada masalah atau impian prospek. Tak guna sangat pun kita gebang banyak pasal produk. Ingat, manusia ni membeli bukan kerana produk, tapi kerana manfaat yang boleh mereka terima.
Suka dengan 3 tips ringkas ini? Jika mahukan lebih banyak tips dan nasihat bisnes, jangan malu, jangan segan. Sila join channel Telegram Safuan Borhan. Klik SINI ya.
terima kasih atas tips diatas. Akan diaplikasikan dalam perniagaan yang saya jalankan 🙂
Terima kasih atas tips ni tuan. Sangat relevan