Anda berniaga di Facebook? Instagram? Blog?
Tak kisahlah di platform mana pun. Yang penting sekali, anda ada tak masalah nak tulis ayat iklan?
Ini 3 sebab utama yang menyebabkan kita buntu memikirkan bagaimana menulis copywriting berpengaruh:
- Tak ambil kisah siapa pelanggan kita. (market)
- Tak rancang apa yang nak disampaikan. (mesej)
- Tak tahu di mana mereka berada. (media)
Baca cermat-cermat 3 poin di atas. Jika kita tertinggal salah satu poin di atas, iklan kita ada harapan gagal on the spot.
Ya, akan gagal serta-merta. Jadi ingat elok-elok 3 poin di atas tu ya.
Ya, betul! Memang setiap manusia tak boleh lari daripada kegagalan, tapi kita sebenarnya boleh elak daripada terus gagal.
Okay, habis tu macam mana nak buat ayat power?
Ia bergantung kepada 3 faktor yang saya beritahu tadi. Power atau tidak sebuah ayat iklan tu bergantung kepada cara kita faham dan hadam 3 faktor di atas. Tetapi kena ingat, hebat mana pun ayat iklan kita, ia tetap terikat dengan rezeki seseorang. Setepat mana pun sasaran iklan kita, kalau tidak diizin-Nya. Tetap tidak dapat hasil. Jadi kena seimbangkan antara usaha dan tawakal.
Faham kan?
Untuk kali ini kita akan kupas tentang tajuk utama artikel ini! 3 soalan penting sebelum nak tulis apa sahaja ayat iklan. Soalan ini kita perlu tanya pada diri sendiri. Anda kena buat sedikit kajian tentangnya.
Soalan 1 – Siapa Pelanggan Kita?
Cuba lukis satu orang lidi dan tentukan.
- Siapa yang anda target?
- Lelaki ke perempuan?
- Umur?
- Apa masalah utama dia?
- Dia ada sakit apa?
- Apa dia suka?
- Sesuai ke dengan produk aku?
- Apa lifestyle dia?
- Siapa idola dia?
- Apa impian dia?
- Minat apa?
- Minat siapa?
Wah, banyak kan benda yang kita perlu tanya. Hehe.. Bukan senang nak senang tau.
Ok, saya ambik contoh produk penjagaan wanita. Mula-mula cuba tanya diri sendiri.
- Adakah yang beli tu seorang jejaka?
- Adakah yang berumur 20 tahun ke bawah?
- Adakah yang suka tengok EPL?
- Adakah idola mereka Upin & Ipin?
Confirm lah bukan kan… Fikir kena logik sikit cik abang dan cik kak…
Mungkin kita boleh senaraikan…
- Ok, produk miss V ni untuk para wanita para Lelaki <<< Wanita yang macam mana?
- Sudah berkahwin <<< Kenapa pilih wanita yang dah berkahwin?
- Supaya kebersihan sentiasa excellent, baru lah tak segan dengan husband lagi nanti<<< (kalau boleh minta kawan soal anda lagi)
Teruskan bertanya.
Nampak senang kan? Nampak jer… Belum tentu senang ni.
Penting untuk ketahui keinginan sebenar mereka, sebelum kita buat apa sahaja ayat iklan. Keinginan itu terletak di dalam minda mereka. Antara cara paling mudah, cepat dan tepat untuk mengetahui apakah keinginan itu adalah dengan bertanya mereka sendiri.
Soalan 2 – Apakah tujuan utama kita buat iklan ni?
Apalah objektif utama kita? Jawab biar spesifik. Apa tujuan kita buat iklan ni?
- Nak bawa orang ke website?
- Nak jual terus?
- Nak dapat respon melalui SMS?
- Nak kumpul database?
Kita sendiri yang kena tentukan.
Tujuan ini penting untuk memudahkan kita ukur prestasi iklan dengan result yang kita dapat.
Orang yang menulis tanpa tujuan ni ibarat memandu kereta tanpa arah tujuan. Tiada destinasi tepat yang ditujui. Agak-agaknya lah, ke mana dia akan sampai? Tak sampai ke mana pun. Bazir minyak kereta saja.
Soalan 3 – Apa mesej yang kita nak sampaikan?
Ok, sekarang tujuan dah jelas. Untuk capai tujuan tersebut, mesejnya juga kena jelas.
Apa yang kita nak beritahu?
- Nak beritahu tentang betapa bahayanya masalah mereka?
- Nak beritahu tentang manfaat produk untuk mereka?
- Nak tunjukkan demo penggunaan produk?
- Nak bagi offer sempena hari tertentu?
- Nak kumpul agen?
Kita yang tentukan mesej yang nak disampaikan. Tanpa mesej yang jelas, orang tak akan faham apa yang kita nak sampaikan.
Macam peta! Peta fungsinya untuk beritahu arah yang jelas untuk sampai ke destinasi yang diinginkan.
Sebab itu pentingnya kita tahu proses & susunan-susunan wajib yang patut ada dalam ayat iklan. Agar ayat iklan kita jelas dan mudah difahami. Untuk buat ayat yang jelas ni, kita kena faham selera pelanggan kita pula. Kita kena kenal mereka sehabis baik.
Saya tak cakap benda ni mudah, ia juga ambil masa untuk kuasai.
Ambil masa untuk tahu sedalam-dalamnya:
- Masalah yang menghantui mereka?
- Kemahuan mereka?
- Betapa peritnya hidup mereka?
- Kesusahan yang terpaksa ditanggung?
Anda kena banyak berbual dengan pelanggan atau prospek anda. Catit apa yang mereka ucapkan. Setiap kata-kata yang keluar daripada mulut mereka itu sangat berharga. Ibarat emas! Jadi, jangan malas dan malu bertanya ya.
Selepas ketiga-tiga soalan ini terjawab, barulah kita boleh mula menulis. Gunakan setiap maklumat yang kita dapat tadi sebaiknya.
P/S: Suka dengan artikel ini? Safuan Borhan ada menyediakan satu platform perkongsian ilmu bisnes dan marketing secara PERCUMA di SINI. Boleh lah join.
Kalau pakaian batik mcm mana tuan?