SAFUAN BORHAN

Most en·gag·ing Internet Marketer In Malaysia

  • HOME

3 Medium Pemasaran Yang Menjadi Pilihan Usahawan Online Masa Kini

April 27, 2016 by Safuan Borhan Leave a Comment

Dalam kita ghairah nak buat bisnes online, bab marketing ni tak boleh kita tinggal. Kalau ramai yang tidak tahu dengan produk yang kita jual, mungkin salah satu sebabanya ialah marketing kita salah atau tidak berjaya.

Tapi kalau nak buat marketing tiap-tiap hari penat jugak kan.

So, hari ini saya akan share ilmu macam mana nak jimatkan masa untuk buat marketing.

Rangka pelan

Rangka pelan dulu sebelum nak promote produk kita. Baru nampak teratur dan efisyen. Sebaik-baiknya kita siapkan semua post supaya bila dah siap, kita terus posting untuk seminggu. Kalau super rajin buatlah untuk sebulan, lagi bagus kan!

1. Marketing melalui website

Kepada sesiapa yang lebih suka dan minat menyampaikan maklumatnya secara penulisan, inilah caranya. Buatlah website sendiri.

Kalau dah rajin sangat menulis tu, rajin-rajinlah tulis artikel terus, lepas tu jadualkan dekat blog kita bila ia akan keluar.

Lepas kita dah tulis artikel, jangan lupa untuk tetapkan masa di sini (menggunakan WordPress):

1. Klik Edit pada bahagian Publish Immediately.

klikschedule

2. Pilih tarikh, tekan OK dan tekan butang biru (Publish).

schedule3

Dan jangan lupa setelah tulis artikel, terus promote di media sosial kita (Facebook). Kalau tak promote memang tak ada orang datang.

Bagi yang mengunakan website, pilihlah design-design yang menarik supaya website kita kelihatan lebih menarik. First impression sangat mustahak ya.

2. Marketing melalui Facebook

Penggunaan facebook makin lama makin meningkat. Tapi ramai yang tidak tahu cara untuk manfaatkan facebook untuk pasarkan produk-produk mereka.

Jadi, kalau kita guna facebook untuk buat promosi sana sini, kita boleh tetapkan masa untuk post secara automatik tanpa kita perlu tulis lagi secara berulang kali.

Rujukan ini sesuai untuk mereka yang mahu promosikan produk hanya di facebook profile masing-masing saja.

1. Buka facebook.
2. Tulis status di page anda macam biasa.
3. Klik butang jam ini (rujuk gambar)

kliksini-450x164

4. Setkan bila post kita akan keluar.

klik2-450x354

5. Klik Schedule untuk jadualkan post kita.
6. Jika keluar mesej ini, ini bermakna anda telah berjaya jadualkan post anda.

done-450x214

Mudahkan caranya!!!. Jadi, tak perlu nak pening-pening kalau kita lupa nak post update produk yang kita jual.

3. Marketing melalui emel

Bagi yang buat marketing secara email, lebih baik siapkan content cepat-cepat, bila dah tiba masa terus update saja.

Sebaik-baiknya bagi mereka yang menggunakan emel sebagai medium marketing, tulislah untuk seminggu terus dan lagi baik adalah 3 kali seminggu

Antara tajuk yang boleh kita kongsi dalam emel adalah seperti:
1. Emel perkongsian
2. Emel perbincangan
3. Emel bertanya khabar
4. Emel menjual

Pilihlah hari yang kita suka untuk hantar emel ni dan seeloknya hari itu adalah berselang-selang, contoh hari Isnin Rabu dan Sabtu. Dan yang penting emel itu tidak berderet-deret, nanti orang cepat bosan dan nampak macam kita terdesak pula.

Jadi, itulah dia antara kaedah pemasaran yang terbukti lebih efisyen dan berkesan. Paling penting, masa jimat, badan tak penat, pelanggan pun dapat!!!

 

P/S: Suka dengan artikel ini? Safuan Borhan ada menyediakan satu platform perkongsian ilmu bisnes dan marketing secara PERCUMA di SINI. Boleh lah join.

(Visited 1,044 times, 1 visits today)

Filed Under: Uncategorized

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 Artikel Popular Safuan Borhan

  • 4 Teknik Pemasaran Offline Mudah
  • 5 Cara Kreatif Menghargai Pelanggan Anda
  • 5 Teknik Berkesan Untuk Follow Up Prospek
  • 5 Langkah Menghasilkan Copywriting Berkesan
  • 4 Cara Menghargai Pekerja Anda

Copyright © 2023 · Beautiful Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in