Dunia kini semakin berkembang maju seiring dengan teknologi dan inovasi terbaru. Hal ini telah memberi kemajuan dalam kehidupan bermasyarakat, dan meningkatkan standard kehidupan. Ini secara tidak langsung turut mengubah landskap bisnes menjadi lebih pantas, cekap dan efisien.
Oleh itu, wujud peningkatan terhadap permintaan pelanggan. Mereka ingin mendapatkan perkhidmatan dan produk yang baru secepat mungkin. Jadi, sebagai pengusaha, bagaimana cara kita mahu menjangka trend tersebut?
Berikut adalah beberapa cara untuk kita menjadi usahawan yang sentiasa maju ke hadapan:
1. Menjadi pemerhati trend
Untuk menjadi usahawan yang maju kehadapan, perkara utama yang kita perlu ambil tahu adalah mengetahui pasaran sebelum kita mengubahnya.
Kita mestilah ambil perhatian terhadap aktiviti pesaing. Ia dapat membantu kita dari segi penambahbaikan dan strategi.
Selain itu, kita mesti mengetahui trend pasaran semasa melalui akhbar-akhbar industri, majalah dan posting blog dan juga boleh mengetahui keadaan trend melalui google trend.
Trend itu berlaku mengikut keadaan, mood, perilaku unik dan masa-masa tertentu. Dengan menyedari ciri-ciri tersebut maka akan membantu kita untuk menganggarkan serta menjangkakan perubahan trend dan kita boleh memaksimumkan potensi keuntungan kita.
2. Kreativiti
Salah satu sikap yang perlu ada pada seorang usahawan adalah kreatif. Menurut Napoleon Hill “Untuk mencari kreativiti, kita perlu berada dalam keadaan tenang, bukan dalam keadaan terburu-buru. Pemikiran merupakan asas daripada segala sesuatu yang dibuat oleh manusia”
Hal ini juga telah dipersetujui oleh Steve Jobs. Beliau telah mendorong setiap orang untuk membentangkan idea-idea mereka dihadapan orang ramai.
Setiap orang memainkan peranan dalam menyumbangkan kreativiti mereka. Cara ini akan mendorong satu sama lain untuk mencapai matlamat mereka, namun lakukanlah hal ini di persekitaran yang mana setiap pekerja dapat berjumpa dan berinteraksi sesama mereka untuk mencetuskan lagi percikan kreativiti mereka.
3. Berfikir seperti pelanggan
Kita semua adalah pelanggan. Salah satu cara untuk menjadi trendsetter adalah dengan cara berfikir seperti pelanggan. Bila kita meletakkan diri di tempat pelanggan, kita akan tahu apa yang dimahukan dalam sesebuah produk.
Menurut Brian Honigman “Mewujudkan budaya yang tertumpu pada pelanggan merupakan peluang perniagaan yang tidak boleh diabaikan”.
Salah satu inovasi yang terbaik adalah tindak balas proaktif daripada keperluan pelanggan. Maklum balas daripada mereka merupakan platform yang boleh dipercayai untuk meneroka idea-idea inovatif.
Walt Disney berkata “Lakukanlah apa yang kita boleh lakukan dengan sehabis baik sehingga orang ramai ingin melihatnya lagi dan mengajak rakan-rakan mereka sekali.”
Sekiranya kita mempunyai perspektif yang fresh pada sesuatu yang ingin kita berikan kepada pelanggan kita, kita tidak akan mengejar pelanggan atau mengikuti trend, tapi kita yang akan menentukan trend tersebut.
P/S: Suka dengan artikel ini? Safuan Borhan ada menyediakan satu platform perkongsian ilmu bisnes dan marketing secara PERCUMA di SINI. Boleh lah join.
Leave a Reply