SAFUAN BORHAN

Most en·gag·ing Internet Marketer In Malaysia

  • HOME

3 Kesilapan Yang Menjadikan Kempen Anda Gagal

May 3, 2016 by Safuan Borhan Leave a Comment

Antara salah satu strategi pemasaran online adalah dengan mengadakan kempen.

Tujuan kita menjalankan kempen adalah untuk mendapatkan sokongan dan pengaruh daripada orang ramai di media sosial dan bukan sahaja untuk menyokong kempen tersebut tapi juga menyebarkannya.

Penggunaan strategi kempen yang baik di media sosial mampu memberi impak yang positif kepada sesebuah syarikat, tetapi seringkali strategi yang dibuat oleh entrepreneur memberikan hasil yang kurang memberangsangkan.

Pastikan kita tidak melakukan 3 perkara ini jika mahukan strategi kempen di media sosial kita berjaya.

1. Jangan kedekut

Untuk membuat sesuatu kempen yang mampu memberi impak dalam jangka masa panjang, kita tidak boleh ada perasaan kedekut dalam diri. Sikap kedekut itu tidak semestinya dari segi wang, mungkin saja dari segi masa, tenaga, idea yang memerlukan kerja keras untuk memberikan hasil yang dirancang semasa kempen.

Disamping itu, janganlah kedekut untuk mencipta hubungan. Sebaik-baiknya kita menjadi orang pertama yang mencipta hubungan dalam perniagaan. Jangan kedekut untuk luangkan masa. Anggap itu sebagai salah satu bentuk penyelidikan dalam pemasaran.

Gunakan masa yang ada untuk mengkaji dan menyelidik serta belajar sesuatu perkara baru untuk memperbaiki setiap kelemahan dan mengkaji cara terbaik untuk menyebarkan kempen yang berkualiti.

2. Tidak bersikap personal

Jangan sesekali kita bersikap personal terhadap orang ramai dengan menjadi spammer. Percayalah, spammer tidak pernah berjaya di dalam pemasaran. Apa yang kita rasa ketika menerima mesej spam? Itu jugalah yang prospek rasa.

Adakah kita sudah memilih target untuk meluaskan kempen kita? Jika ya, kita sudah melakukan step yang betul!

Walaupun kita sudah mempunyai target, namun janganlah kita terus menerus menghantar mesej yang sama setiap masa kerana perkara ini tidak akan mendatangkan keuntungan kepada kita.

Adalah lebih baik kita membuat kempen yang berterusan tapi bukan pada setiap masa yang membuatkan orang ramai rasa rimas dengan kempen yang kita jalankan.

Sekiranya ada yang memberikan response dengan kempen yang kita jalankan, kita digalakkan untuk membuat temujanji atau berkomunikasi secara offline dengan tujuan memahamkan mereka.

Dengan cara ini, kita akan mencipta hubungan dengan bakal pelanggan kita dengan lebih dekat dan membincangkan hala tuju kempen dengan lebih terperinci.

Oleh itu, mereka akan rasa terbuka untuk bekerjasama dengan kita.

kind

3. Tidak membuat mereka merasa istimewa

Dalam kesibukan kita memberi pitching kepada mereka, jangan sampai kita tidak memahami apa yang ingin kita sampaikan.

Tonjolkan produk kita menjadi produk yang luar biasa dan lebih ketara berbanding dengan produk lain. Jika kita tidak memahami apa yang cuba kita sampaikan kepada mereka, bagaimana mahu membuat prospek faham?

Interaksi dua hala bersama pelanggan adalah penting bagi menjamin kempen pemasaran yang berjaya.

Oleh itu sangat penting bagi kita untuk membangunkan rasa hormat dan mengeratkan hubungan dengan mereka.

 

P/S: Suka dengan artikel ini? Safuan Borhan ada menyediakan satu platform perkongsian ilmu bisnes dan marketing secara PERCUMA di SINI. Boleh lah join.

(Visited 394 times, 1 visits today)

Filed Under: Uncategorized

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 Artikel Popular Safuan Borhan

  • 4 Teknik Pemasaran Offline Mudah
  • 5 Cara Kreatif Menghargai Pelanggan Anda
  • 5 Teknik Berkesan Untuk Follow Up Prospek
  • 4 Cara Menghargai Pekerja Anda
  • 5 Langkah Menghasilkan Copywriting Berkesan

Copyright © 2025 · Beautiful Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in