“Adik, tolong belikan akak Pantene” ataupun “beb!! kau ada Colgate tak?”
Membina jenama adalah penting dalam membina empayar perniagaan kerana ia merupakan salah satu strategi dalam meningkatkan jualan kita. Penjenamaan akan menentukan keuntungan produk kita sama ada dalam jangka panjang ataupun pendek.
Sebagai usahawan, kadang-kadang akan timbul persoalan di benak kepala kita seperti “mengapa orang ramai tidak beli produk aku?” ataupun “mengapa perniagaan aku tidak famous seperti perniagaan lain sampai keuntungan tidak sampai tujuh angka?”
Perhatikan dialog di atas semula. Kedua-dua dialog tersebut menggunakan nama produk secara khusus dan bukan secara umum misalnya “ adik tolong belikan shampoo” atau “adik, tolong belikan Pantene” . Beza bukan penggunaan kedua-dua dialog tadi.
Oleh itu, sekiranya nama produk kita sering disebut, maka penjenamaan kita sudah berjaya. Jika kita ingin bertahan lama dalam bidang ini kita juga harus menjual nama kita sebaik mungkin kepada pelanggan.
Menjadi kebiasaan seorang itu menjual nama untuk meningkatkan pendapatan, kerjaya, meningkatkan penjualan dan lain-lain. Pentingnya penjenamaan adalah supaya orang ramai dapat kenal dan ingat akan produk kita.
Namun begitu dalam kesibukan dan kealpaan dalam meningkatkan perniagaan, ramai dikalangan kita leka dan lalai dalam pembinaan jenama.
Oleh itu, ia menjadikan jualan produk anda tidak sampai tujuh angka. Antara kesilapan ketika melaksanakan penjenamaan adalah:
1. Nama anda dan jenama
Ketika mana kita sibuk menjual produk, hakikatnya kita sedang menjual nama kita juga. Produk adalah produk tapi kita menjual nama kita dari segi perkhidmatan yang kita tawarkan kepada pelanggan dari segi keprihatinan, keramahan, ketrampilan diri, kecantikan,pantas dan cekap serta lain-lain.
Semua perkara ini mempengaruhi perniagaan anda. Sekiranya layanan yang diberikan kepada pelanggan adalah banyak buruk dari baik, maka sehebat manapun produk anda, sangat susah untuk dipromosikan. Maka nama anda adalah jenama anda.
2. Tidak unik
Disini bermaksud, produk kita adalah sama sahaja dengan produk di luar sana. Sekiranya pembeli membeli produk kita, mereka tidak mendapat apa-apa manfaat yang double extra.
Jadi, perlunya kita menjadikan produk kita lain dari yang lain dimana mempunyai keistimewaan yang produk lain tidak ada.
3. Jaringan yang terhad
Antara kesilapan besar yang dilakukan usahawan adalah tidak menambah baik dari segi jaringan diamana mempunyai jaringan yang terhad.
Oleh itu, sukar untuk masyarakat mengenali kita apatah lagi untuk ambil tahu tentang produk kita. Sekarang ini, banyak cara untuk kita luaskan jaringan misalnya melalui media cetak, wawancara di radio atau televisyen.
Bertambah baik sekiaranya kita menghadiri kursus dalam bidang yang kita ceburi ini kerana kita akan dapat bergaul dengan komuniti dan ini merupakan satu jalan untuk dikenal orang dan dapat tunjuk ajar dari sifu-sifu yang hebat dalam bidang ini.
Kesimpulannya, penjenamaan adalah salah satu strategi dalam meningkatkan jualan kita. Perlunya kita membuat kajian dan penyelidikan untuk membina penjenamaan.
Hakikatnya tidak mudah untuk menjadi senang. Apa yang penting adalah semangat yang jitu, maka tujuh angka pasti dalam genggaman!
p/s: Ingin belajar dan memajukan lagi perniagaan anda? Dapatkan maklumat dan perkongsian secara PERCUMA di channel Telegram Safuan Borhan di SINI.
Leave a Reply