Sebagai entrepreneur kita pasti akan mengalamai hari yang baik dan buruk, bahkan mungkin juga kita mengalami beberapa hari yang sangat buruk, lebih-lebih lagi jika kita budak baru dalam bidang keusahawanan ini.
5 tahun pertama adalah cabaran terhebat bagi seorang usahawan untuk kekalkan momentum bisnesnya.
Justeru, kita perlu persiapkan segala peralatan yang kita ada bagi menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku seperti:
- Membina rangkaian penasihat atau mastermind di sekeliling kita.
- Merekrut anggota kerja kita.
- Mengaplikaskan teknologi yang terbaik
Semua sumber ini kita diperlukan untuk menghadapi masa-masa buruk tersebut bagi menjadi sebagai perniagaan yang kukuh dan stabil.
Berikut merupakan 3 cara untuk mengatasi hari-hari buruk yang bakal kita hadapi sebagai pemilik perniagaan.
1. Hari mendapatkan deal besar
Sebagai seorang usahawan kita perlu berani mengambil risiko, dan lebih-lebih lagi apabila prestasi perniagaan kita jatuh merudum. Maka, disitu kita perlu ambil risiko untuk membuat suatu pembaharuan untuk menaikkan semula perniagaan kita.
Bagi syarikat yang baru berkembang, kita akan selalu menerima pelanggan baru. Namun, jika kita tidak berhati-hati dan tidak bersedia dengan kos yang tak terduga, maka deal yang besar, yang dijangka membawa keuntungan boleh berubah menjadi mimpi buruk bukan sahaja kepada kita tapi juga kepada pelanggan.
Bagi usahawan yang berani mengambil deal yang besar, kita perlu berani mengambil risiko yang tinggi juga. Harus diingat, jurang yang besar antara perbelanjaan dan pendapatan boleh menghancurkan seluruh margin keuntungan.
Lakukanlah rundingan sebaik-baiknya dengan para pembekal ataupun sesiapa sahaja yang terlibat dan pastikan kita mempunyai akses wang yang mudah untuk menghadapi segala masalah yang bakal timbul.
2. Hari membayar gaji
Cashflow diumpamakan sebagai aliran darah bagi setiap perniagaan kecil. Andai kata aliran darah kita tersekat, kita bakal menghadapi masalah kesihatan yang sangat kritikal. Kita bakal menghadapi kesukaran membayar gaji pekerja sekiranya tidak menjaga aliran wang syarikat dengan baik.
Antara sebab utama sesebuah syarikat tidak mampu bertahan dalam jangka masa panjang adalah disebabkan masalah cashflow terutama dari segi pengurusan.
Antara cara yang boleh kita laksanakan adalah membuat cadangan dan perjanjian perdagangan yang ketat untuk memastikan bahawa kita mempunyai sandaran dana, jika kewangan kita sudah mula nampak goyah.
3. Hari melepaskan pekerja
Sangat sukar untuk kita membuat keputusan ini dan mungkin ini adalah jalan penyelesaian yang terakhir bagi seorang usahawan.
Sebuah syarikat yang kecil tentu mempunyai hubungan yang sangat erat dan pasti kita telah aggap mereka sebagai keluarga kita. Dan keputusan untuk pecat adalah sangat tidak mudah untuk dilakukan.
Sebagai usahawan yang kental, katakanlah sebab dan alasan munasabah untuk kita pecat seseorang dan terangkan mengapa kita perlu mengambil keputusan tersebut.
Bidang perniagaan ini tidak selalunya cerah, kadang-kadang ada juga suramnya. Rancanglah dengan berhati-hati. Sekurang-kurangnya kita telah mempersiapkan fizikal dan mental kita dan melengakapi diri kita dengan pelbagai strategi untuk menghadapi masalah-masalah tersebut.
P/S: Suka dengan artikel ini? Safuan Borhan ada menyediakan satu platform perkongsian ilmu bisnes dan marketing secara PERCUMA di SINI. Boleh lah join.
Leave a Reply