Nota Editor: Artikel ini ditulis oleh Bantu Team untuk blog mereka, blogspace.bantu.my. Bantu.my merupakan platform jual beli online untuk khidmat atau skil berkaitan bisnes, teknologi & rekaan kreatif.
Pemasaran untuk bisnes selalunya dikaitkan dengan kos perbelanjaan yang besar. Ramai pemilik bisnes kecil merasakan mereka tidak dapat meningkatkan prestasi bisnes mereka dengan bajet pemasaran yang kecil. Tetapi ramai yang tidak sedar bahawa sebenarnya negara kita, Malaysia mempunyai antara nisbah pengguna internet paling ramai berbanding dengan negara-negara jiran. Disebabkan itu, sebagai seorang pemilik bisnes, anda tidak boleh mengabaikan potensi pemasaran internet.
Pemasaran internet menjangkaui perkongsian iklan atau gambar produk di Instagram semata-mata. Sebenarnya terdapat banyak cara untuk membuat pemasaran yang baik melalui saluran online tanpa mengikat perut. Cuma kali ini, kami akan berkongsi 3 tip mudah yang anda pasti boleh mulakan setelah habis membaca artikel ini.
1. Manfaatkan Saluran Media Sosial
Ramai di antara pemilik bisnes kecil menggunakan Instagram atau Facebook untuk berkongsi gambar atau iklan. Tetapi sebenarnya, potensi media sosial untuk bisnes anda cuma boleh dicapai jika anda benar-benar proaktif dalam menguruskan akaun media sosial tersebut.
Elakkan dari mempunyai sifat malas dan mahukan keputusan serta-merta. Ini kerana pertama sekali, anda tidak mempunyai bajet yang besar untuk dibelanjakan. Kedua, untuk membina kehadiran media sosial ia diibaratkan lebih kepada larian marathon dan bukannya larian pecut 100m – bermakna ia memerlukan aktiviti yang berterusan & konsisten.
Selain dari berkongsi di akaun media sosial anda sendiri, anda juga boleh menyertai ruangan komen di mana-mana post viral untuk mendapatkan publisiti percuma. Anda diingatkan untuk tidak terus meletakkan iklan begitu sahaja. Sebaliknya, komen seperti yang anda sering lakukan ketika menggunakan akaun peribadi anda. Cuma bezanya, anda menggunakan akaun bisnes anda.
Baca juga: Kenapa Anda Perlu Jalankan Pemasaran
2. Jadi Penulis Jemputan Di Laman Web & Blog Orang Lain
Sebagai seorang pemilik bisnes, sudah tentu anda mengenali beberapa orang pemilik bisnes yang lain. Cari di antara kenalan-kenalan anda yang mempunyai laman web atau blog & tawarkan untuk menulis sebuah artikel secara percuma dan selitkan maklumat atau info mengenai bisnes anda.
Jika anda tidak mempunyai kenalan yang mempunyai laman web atau blog, anda boleh menghantar artikel anda ke mana-mana laman yang anda mahukan. Kebiasaannya, jika laman-laman ini mempunyai slot untuk penulis jemputan.
Selain itu, jangan malu untuk menjadi penulis jemputan walaupun di blog atau laman web yang berlainan industri. Anda tidak akan tahu siapakah di kalangan pembaca yang mungkin akan tertarik dengan servis atau produk anda.
Jika anda tidak mempunyai masa atau skil menulis, anda boleh mengupah seorang freelancer untuk membantu anda.
3. Sertai Forum & Komuniti Online
Dengan menjadi aktif dalam komuniti online seperti forum dan Facebook group, anda bukan sahaja boleh menjadikan bisnes anda dikenali ramai; malah anda boleh mendapatkan info-info penting dan peluang-peluang bagi bisnes anda.
Sebagai permulaan, anda boleh menyertai komuniti yang berada dalam industri yang sama dengan bisnes anda.
Setelah anda memahami selok-belok komuniti online, baru anda boleh mengembangkan sayap dan menjadi aktif dalam komuniti di luar industri anda.
P/S: Safuan Borhan ada menyediakan satu platform perkongsian ilmu bisnes dan marketing secara PERCUMA di SINI.
MOHD SAIFUDIN NASIB says
Tips yang sangat bagus. Saya suka.