Realiti kehidupan masa kini yang semakin maju telah menyebabkan telefon makin kurang digunakan sebagai satu mekanisma untuk memasarkan produk mereka.
Namun, masih terdapat beberapa produk yang melihat telefon sebagai satu aset penting untuk menjana pendapatan.
Sebagai contoh, ejen insurans yang masih menggunakan telefon untuk mendapatkan pelanggan mereka.
Berikut merupakan 10 tips untuk menjadikan panggilan yang dibuat itu lebih berkesan:
1. Atasi ketakutan
Tenang. Jangan gusar, jangan bimbang untuk membuat panggilan.
Kena marah? Kena herdik? Itu perkara biasa bagi usahawan. Kalau tak, bukan nama usahawan la kan.
Jangan ambil serius setiap kata-kata negatif yang dilemparkan kepada kita semasa membuat cold calling ini. Hal ini kerana kita tidak mengetahui apa yang sedang mereka lakukan ketika mereka menjawab panggilan.
2. Sediakan senarai
Sediakan senarai sasaran pelanggan yang ingin dihubungi.
3. Atur perancangan masa
Rancang masa panggilan anda supaya anda mendapat layanan seperti yang diharapkan.
Ya lah, kan tak molek jika kita menelefon prospek sewaktu mereka sedang sibuk.
4. Buat perancangan untuk setiap panggilan
Ini penting supaya anda tidak tersasar daripada objektif asal panggilan dibuat.
Sebagai contoh objektif anda adalah menetapkan masa untuk berjumpa dengan pelanggan anda.
5. Suara
Suara juga memainkan peranan yang penting semasa membuat cold calling.
Gunakan nada suara yang rendah ketika memulakan percakapan. Gunakan bahasa yang sopan. Hal ini dapat menunjukkan yang anda merupakan seorang yang profesional. Selain itu, senyum juga dapat menambah kehangatan pada suara anda.
6. Skrip panggilan
Sediakan skrip panggilan yang ringkas, padat dan mudah dihadam oleh pelanggan supaya mereka tidak berasa rimas.
7. Pengawal telefon
Kawal emosi anda ketika berhadapan dengan ‘pengawal telefon’ seperti receptionist atau setiausaha.
Ini menandakan pelanggan anda tidak mudah untuk didekati dan merupakan orang yang penting
8. Matikan talian
Pastikan anda sentiasa mematikan talian setelah membuat panggilan sebelum menyambung perbualan atau menyambung kerja anda kerana ini akan merosakkan sikap profesional yang anda miliki ketika membuat panggilan sebentar tadi.
9. Kenal pasti ID panggilan
Cuba kenal pasti ID panggilan yang pelanggan buat di telefon mereka.
10. Mula buat panggilan anda sekarang!
Jangan bertangguh lagi kerana setiap detik itu sangat berharga. Ilmu tanpa amal tidak akan menjana pendapatan untuk anda.
P/S: Safuan Borhan ada menyediakan satu platform perkongsian ilmu bisnes dan marketing secara PERCUMA di SINI. Boleh lah join.
Leave a Reply