Dalam era di mana keusahawanan bukan lagi jalan yang dipilih oleh segelintir orang sahaja — ia sudah menjadi seakan-seakan trend. Di sini saya kongsikan 10 perkara usahawan wajib beri komitmen sepenuh hati dan minda supaya anda kekal dalam jalan yang anda pilih dan mencapai kejayaan:
1. Komited Terhadap Idea Sendiri
Seperti yang dinyatakan di atas, keusahawanan semakin menuju ke arah trend dan banyak perniagaan yang kita lihat sekarang dimulakan atas sebab trend dan bukan atas sebab yang kukuh. Jika anda mempunyai idea perniagaan sendiri, pastikan anda berpegang kukuh terhadap idea anda dan jangan mudah menukar matlamat disebabkan trend atau kritikan orang lain.
2. Komited Terhadap Rancangan Perniagaan Sendiri
Semasa memulakan perniagaan, anda disarankan untuk merancang perjalanan perniagaan anda. Apabila sudah beroperasi, pastikan anda komited dalam menurut rancangan yang telah anda tulis sebelum ini.
Kebanyakan perniagaan gagal disebabkan samada terlalu mudah dan cepat menukar rancangan atau langsung tidak membuat perancangan. Ingat, gagal merancang bermaksud merancang untuk gagal.
3. Komited Untuk Bekerja Keras
Berkerja keras tidak memilih hari atau waktu tertentu sahaja. Sebagai usahawan, anda perlu komited dalam berkerja keras lebih-lebih lagi jika anda baru sahaja memulakan perniagaan. Jika kita lihat kebanyakan perniagaan yang mampu berjaya dan berkembang, kebanyakan dari mereka tidak pernah berhenti beroperasi walau sehari di peringkat awal (1-3 tahun) perniagaan.
4. Komited Terhadap Semangat Sendiri
Semangat dan minat merupakan faktor terpenting dalam seseorang usahawan. Dalam perniagaan, terdapat pelbagai cabaran dan halangan yang perlu ditempuhi. Hanya dengan komitmen dan semangat yang tinggi mampu membantu anda menempuh segala cabaran tersebut.
5. Komited Terhadap Sebab Yang Jelas
Tidak salah jika anda sebagai usahawan perlu menukar pelan atau rancangan. Tetapi pastikan apa sahaja keputusan yang anda lakukan untuk perniagaan anda, mempunyai sebab yang sangat jelas dan anda sendiri tahu sebab dan akibat di belakang keputusan tersebut.
6. Komited Terhadap Penyumbang Perniagaan Anda
Penyumbang terhadap perniagaan anda bermaksud orang-orang yang membantu anda dalam perjalanan anda termasuklah pelabur, perkerja anda, pasukan anda dan pelanggan anda. Selain itu, and aperlu komited dalam membina rangkaian kenalan yang mempunyai keyakinan terhadap keupayaan anda sebagai usahawan dan mampu memberi input yang berguna.
7. Komited Terhadap Perkembangan Pasaran Dan Teknologi
Perkembangan pasaran dan teknologi merupakan perkara penting yang boleh memberi kesan terhadap perniagaan anda tidak kira apa jua jenis dan industri yang anda pilih. Kegagalan untuk mengambil tahu dan bertindak aktif terhadap apa jua perkembangan pasaran dan teknologi yang berkaitan dengan perniagaan anda boleh menyebabkan anda ketinggalan jauh di belakang pesaing-pesaing anda.
8. Komited Terhadap Keuntungan
Keuntungan merupakan motivasi yang sangat penting untuk perniagaan dan pasukan anda. Perniagaan yang gagal menumpukan terhadap menjana keuntungan akan gagal secara keseluruhan. Pastikan tidak kira apa jua matlamat anda dalam memulakan perniagaan, anda tidak lupa aspek menjana keuntungan untuk perniagaan anda.
9. Komited Terhadap Bangkit Semula Selepas Kegagalan
Kadangkala rancangan anda gagal. Kadangkala perniagaan anda secara keseluruhan gagal. Jika perkara ini berlaku, apa yang anda perlu memberi komitmen ialah mencari jalan untuk bangkit semula. Anda perlu komited dalam melihat kembali faktor kegagalan anda dan berusaha untuk memperbaiki kesilapan anda tanpa menunding jari terhadap mana-mana pihak.
10. Komited Terhadap Cita-cita
Tidak kira sebanyak mana atau sebesar mana pun kegagalan yang anda pernah tempuhi, kekalkan komitmen terhadap cita-cita yang anda telah pasang.
Nota Editor: Artikel ini ditulis oleh Bantu Team untuk blog mereka,blogspace.bantu.my.Bantu.my merupakan platform jual beli online untuk khidmat atau skil berkaitan bisnes, teknologi & rekaan kreatif.
P/S: Safuan Borhan ada menyediakan satu platform perkongsian ilmu bisnes dan marketing secara PERCUMA di SINI. Boleh lah join.
Leave a Reply